Lelaki belanja RM1.6 juta bina rumah mewah di tengah-tengah kubur jadi bualan ramai

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki belanja RM1.6 juta bina rumah mewah di tengah-tengah kubur jadi bualan ramai.

Kecohdi media sosial mengenai penampakan sebuah rumah mewah di tengah-tengah kubur.

Menerusi video yang tular, rumah mewah itu menarik perhatian netizen kerana lokasinya yang bukan biasa-biasa.

Umumnya, rumah mewah berada di kawasan kejiranan elit dengan pemandangan yang indah.

Penampakan rumah mewah di tengah kubur itu berlaku di Darma, Kuningan di Jawa Barat, Indonesia.

Lelaki belanja RM1.6 juta bina rumah mewah di tengah-tengah kubur jadi bualan ramai

Pemiliknya mengakui menelan belanja yang cukup besar hingga Rp 5 bilion (RM1.6 juta) untuk membina istana mewah tersebut.

Menerusi akaun YouTube Rizquna Channel, sekali pandang rumah itu kelihatan seperti bangunan masjid.

Hanya ada kubur di sekeliling rumah, tiada bangunan lain kelihatan.

Pemilik rumah bernama Agus berkata, rumah mewahnya yang dibina tiga tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan tujuh bilik mandi, serta terdapat kolam renang di tingkat tiga.

Agus merupakan ahli perniagaan sunat laser yang terkenal di luar negara.

Beliau mengeksport produknya ke 64 negara termasuk Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Baca Lagi:
9 perkara buat isteri nusyuz, ini maksud nusyuz yang para isteri perlu tahu!
Bapa tunai permintaan anak sakit kanser mahu mandi kolam undang sebak orang ramai
Kapal selam bawa jutawan Britain tengok bangkai Titatic hilang tiba-tiba