Lelaki bawa seguni tar tampal jalan berlubang raih pujian

Photo of author

By Syima Iza

Keprihatinan seorang lelaki mengambil inisiatif sendiri unuk menutup jalan berlubang dengan tar meraih pujian warga maya.

Manakan tidak, jalan yang berlubang bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan yang melalui kawasan itu bahkan berkemungkinan besar menjadi faktor kemalangan dan membahayakan pengguna jalan lain.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok @_aisar77, kelihatan lelaki berkenaan menabur seguni tar pada lubang yang terdapat di sebatang jalan.

Lelaki bawa seguni tar tampal jalan berlubang raih pujian

Tindakannya itu dirakam individu yang melalui kawasan terbabit sekali gus mendapat respons positif daripada pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian atas tindakan murni lelaki terbabit yang disifatkan tidak mudah untuk dilakukan.

Ada yang mengatakan lelaki tersebut sanggup membawa tar yang diletak di dalam guni dan dibawa dengan motosikal dalam keadaan panas.

Selain itu, ramai juga yang mendoakan lelaki berkenaan dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk segalanya di dunia mahu pun akhirat.

@_aisar77 Rakyat tolong rakyat? #fyp #rakyatmalaysia ♬ original sound – ايسر

Baca Juga:
Wanita kecewa bela ‘biawak hidup’ suami pemalas hobi memancing
Lelaki hina anak Caprice akhirnya melutut mohon maaf kepada Farra Inalis
Ini yang akan terjadi jika minyak RON95 bercampur dengan RON97