Lelaki baru keluar dari penjara ditangkap polis kerana rogol bekas isteri

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki baru keluar dari penjara ditangkap polis kerana rogol bekas isteri. Seorang warga Karang Duwek di wilayah Jawa Timur ditangkap polis setelah baru bebas dua minggu dari penjara berikutan kes melakukan penganiayaan, lapor portal berita antvklik hari ini.

Pemuda berusia 21 tahun itu kembali semua menjadi tahanan kerana dia bertindak merogol bekas isterinya, baru-baru ini.

Menurut pegawai polis Bangkalan, Wiwit Ari Wibisono, pada mulanya dia dijangka akan disambut oleh bekas isterinya ketika keluar dari tahanan tetapi situasi tersebut tidak berlaku.

Lelaki baru keluar dari penjara ditangkap polis kerana rogol bekas isteri

Namun, pelaku bertindak menghubungi bekas isterinya melalui telefon, katanya.

Setelah mereka bertemu, lelaki tersebut membawa bekas isterinya ke tengah hutan atau kebun hingga berlakunya pemerkosaan dengan mangsa ditinggalkan di lokasi kejadian.

Wiwit berkata, pemuda berkenaan datang lagi ke tempat kejadian dan melakukan perbuatan yang sama buat kali kedua dan selepas melakukannya, dia membawa bekas isterinya pulang dan memintanya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada orang lain.

Menurut portal berita tv1nenews.com, berikutan itu dia ditahan dan berdepan hukuman maksimum 12 tahun penjara jika didapati bersalah.

Baca Lagi:;
Wanita kena tikam dengan gunting selepas ‘kantoi’ mesej dengan lelaki lain
Pesan minuman gelas besar, dapat gelas kecil – Pelanggan tembak pekerja restoran
Penduduk kampung terkejut temui duit RM29,000 dalam rumah lelaki sakit mental