Lee Zii Jia buat kejutan muncul jadi model catwalk, penonton puji ‘handsome gila’.
Kemunculan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam acara pertunjukan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara hari ini, ternyata mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Zii Jia yang menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih, dan seluar pendek, tampil memukau mata penonton dengan gaya berjalan yang penuh bersahaja.
Menerusi semakan Kosmo! di media sosial, ramai yang memuat naik video Zii Jia ketika sedang ‘catwalk’ di atas pentas sehingga nama atlet negara itu menjadi trending di X dan Facebook.
Selepas sesi ‘catwalk’, Zii Jia sempat menunjukkan kepada orang ramai pingat gangsa yang dimenanginya dalam aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 lalu.
Beliau juga memberi peluang kepada penonton yang hadir untuk menyentuh dan merasai pingat yang dimilikinya itu.
@anistaqwa #leeziijia #catwalk #victorxlzj ♬ original sound – Anistaqwa
“Wahh, Lee Zii Jia ‘catwalk’, memang menyerlah. Terbaik,” kata Rehana.
“Handsome gila,” puji @frahmzn.
“Sesuai sangat Lee Zii Jia jadi model, tinggi dia ada, muka pun segak, cuma masih nampak muka tahan malu berjalan depan orang ramai. Lepas ini anda akan lagi terkenal,” kata Suzann.
“Lepas ini mesti banyak ponteng latihan badminton sebab nak pergi kelas modeling,” seloroh Intansafinas.