Lebih 20 pelajar terbenam dalam lubang ketika rancak menari dalam majlis graduasi. Majlis graduasi pelajar sekolah tinggi yang sepatutnya dirai penuh kegembiraan bertukar tragedi selepas lantai tempat tarian mereka runtuh sehingga menyebabkan 25 remaja terjatuh dalam lubang yang terbentuk akibat runtuhan itu.
Pelajar menari dalam satu bulatan
Kejadian yang terjadi pada 17 Disember lalu itu, difahamkan berlaku di wilayah San Martin, Peru, apabila kesemua 25 orang pelajar berkenaan menari dalam bulatan untuk meraikan hari graduasi mereka.
Sebaik saja mereka jatuh ke dalam lubang benam itu, DJ di majlis tersebut segera menghentikan muzik dan orang ramai bergegas ke tempat kejadian untuk membantu pelajar-pelajar berkenaan naik semula ke atas lantai.
Lantai diperbuat daripada kayu
Sebaik saja kesemua 25 pelajar itu berjaya dinaikkan semula ke lantai, mereka segera dikejarkan ke pusat kesihatan selepas tiada kematian dilaporkan ditempat kejadian.
Walau bagaimanapun, tahap kecederaan mereka tidak didedahkan kepada umum.
Malah, punca kejadian juga tidak dijelaskan namun menurut Trome, ianya dipercayai berlaku akibat lantai yang rapuh kerana diperbuat daripada kayu dan gagal untuk menampung berat kesemua pelajar sekolah tinggi tersebut.
Lubang benam menelan lebih 20 pelajar, semasa majlis graduasi…
Luarnegara🌍 pic.twitter.com/c0POaqP6X7
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) February 21, 2023