‘Lawak tak kena tempat’ lelaki bangga buat lawak di TikTok mulut berbuih konon terkena sawan dikecam netizen

Photo of author

By Syima Iza

‘Lawak tak kena tempat’ lelaki bangga buat lawak di TikTok mulut berbuih konon terkena sawan dikecam netizen.

Baru-baru ini, melalui platform TikTok, seorang lelaki telah memuat naik video mulut berbuih sambil terbaring, kononnya terkena sawan.

Hal itu telah mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah netizen yang merasakan lelaki terbabit langsung tidak sensitif terhadap mereka yang menghidap penyakit tersebut.

'Lawak tak kena tempat' lelaki bangga buat lawak di TikTok mulut berbuih konon terkena sawan dikecam netizen

Dapat dilihat dalam video itu, lelaki tersebut menggunakan ubat gigi bagi menghasilkan buih putih seolah-olah baru terkena sawan dan meletakkan lagu sedih sebagai latar belakang muzik.

Biarpun sudah ditegur, lelaki terbabit seakan-akan tidak ‘makan saman’, malah menyekat akaun ataupun memadam komen-komen teguran daripada video itu.

'Lawak tak kena tempat' lelaki bangga buat lawak di TikTok mulut berbuih konon terkena sawan dikecam netizen

Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit merasakan dirinya tidak bersalah membuat konten lawak yang tidak sensitif itu dan menyatakan dia hanya berlakon seperti watak dalam drama.

Difahamkan, video tersebut masih ada di laman TikToknya dan kini sudah meraih 500,000 tontonan daripada pengguna platform itu.

'Lawak tak kena tempat' lelaki bangga buat lawak di TikTok mulut berbuih konon terkena sawan dikecam netizen

Baca Juga:
Senator Hasbie Muda tampil mohon maaf selepas tular parkir kereta di laluan pejalan kaki, sedia dikompaun
Lucinta Luna menyesal tukar alat kelamin, keliru nak pakai telekung atau kain pelikat ketika solat
Pengantin wanita merajuk panjat bumbung rumah sebab suami dipilih ibu bapa