Laungan kakak fasilitator “record! time ini la nak record!” buat ramai makin panas

Photo of author

By Syima Iza

Laungan kakak fasilitator “record! time ini la nak record!” buat ramai makin panas.

“Record (rakam)! Time (masa) ini la nak record (rakam).”

Demikian laungan seorang fasilitator wanita ketika salah seorang rakannya sedang membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan sekumpulan pelajar baharu di sebuah universiti awam.

Laungan kakak fasilitator "record! time ini la nak record!" buat ramai makin panas

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas dia dan rakan-rakan fasilitator lain dikecam orang ramai kerana melakukan ‘prank’ semasa Minggu Destini Siswa (MDS) baru-baru ini.

Menerusi video permohonan maaf yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ms.ezad25 semalam, wanita tersebut dilihat mencelah ketika rakannya sedang berucap dan dengan lantang meminta pelajar-pelajar baharu untuk merakam ucapan tersebut.

Tindakan wanita itu mendapat kecaman ramai apabila rata-ratanya kurang senang dengan sikap fasilitator tersebut.

“Lebih baik perempuan itu diam sahaja,” tegur Mimi.

“Alamak, kakak fasi (fasilitator), ini baru nak buang yang keruh, akak pula tambah keruh,” kata Syaza.

“Panas balik bila dengar kakak baju biru menjerit,” perli @anymos.

“Terpaling garang sudah kakak baju biru,” kata Tee.

Baca Lagi:
Wanita pindah dari Perak ke Kedah angkut 100 ekor kucing belaan naik lori
Gerai burger disinggahi IShowSpeed kena sita, ramai kecewa tak sempat nak rasa
Pelajar madrasah maut dilempar kayu oleh guru