Lapangan terbang ditengelami air banjir

Lapangan terbang ditengelami air banjir

Semua penerbangan di lapangan terbang utama Majorca, Sepanyol terpaksa dibatalkan selepas banjir besar melanda fasiliti itu sehingga menenggelamkan landasan, lapor akhbar Daily Star.

Banjir besar telah menjejaskan Lapangan Terbang Palma de Mallorca sehingga menyebabkan operasi terhenti.

Air hujan jatuh dari siling terminal ketika penumpang cuba berlindung dari bumbung yang bocor.

Lapangan terbang ditengelami air banjir

Pengendali lapangan terbang tersebut menerusi kenyataan di laman web memaklumkan kepada semua penumpang agar memeriksa pengumuman syarikat penerbangan terlebih dahulu sebelum pergi ke lapangan terbang.

“Lapangan terbang terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu kerana cuaca buruk dan telah mengaktifkan pelan kecemasan untuk banjir,” katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap berkata, hujan turun dengan begitu lebat dalam masa sejam sehingga menyebabkan banjir berlaku di seluruh kawasan lapangan terbang tersebut.

Jabatan Meteorologi Sepanyol (AEMET) meramalkan lebih banyak hujan turun di seluruh Sepanyol hari ini.

Baca Juga:
Orang luar ramai yang salah selama ni, ‘Losong bukan jenis keropok lekor’
Lelaki jalan kaki dari Beranang ke Kajang demi cari makanan untuk anak, isteri
Netizen terkejut bibik Cik B pakai sandal berharga ribuan ringgit
CATEGORIES