Lapan bekas pimpinan Umno sah sertai PN, Azmin enggan dedah nama

Lapan bekas pimpinan Umno sah sertai PN, Azmin enggan dedah nama. Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan terdapat lapan bekas pimpinan UMNO menyertai gabungan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi PN Selangor bagaimanapun enggan mengumumkan nama pemimpin tersebut atas faktor keselamatan.

“Kerajaan ketika ini ialah kerajaan yang mengugut. Kalau mereka dapat tahu, dia akan ugut dan akan tekan. Ini satu perkara yang tidak baik.

Lapan bekas pimpinan Umno sah sertai PN, Azmin enggan dedah nama

“Jadi, sabar kerana ia akan diumumkan tidak lama lagi, mungkin selepas Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka PN Selangor di Shah Alam, pada Ahad.

Turut hadir, Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, serta pimpinan PN.

Mohamed Azmin menambah, rakyat terutama di Selangor menyambut banyak perayaan tahun ini dan ia dilanjutkan sehingga pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Hari Raya tahun ini panjang, hari ini sudah pun tamat Syawal, sudah masuk 1 Zulkaedah tetapi bagi Selangor ‘raya’ itu dilanjutkan sehingga PRN,” katanya.

Baca Lagi:

Suami bawa balik pelacur ke rumah setelah isteri tolak seks sebab penat
Kutip daun kering boleh jadi duit, lelaki ini kongsi cara buat duit dengan mudah
Lelaki ini berjaya kaut keuntungan RM850,000 dari ramai wanita, rupanya ini yang dia buat
CATEGORIES