Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry maut dibaham jerung

Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry maut dibaham jerung

Salah seorang aktor yang membawa watak lanun dalam saga Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry dilaporkan maut diserang jerung.

Perry yang muncul dalam Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, siri keempat filem fenomena tersebut, diserang jerung sewaktu melakukan aktiviti luncur air di Pantai Malaekahana, Honolulu, Hawaii.

Akibat mengalami luka dan cedera parah, Perry diumumkan meninggal dunia oleh paramedik pada usia 49 tahun, lapor BBC. Selain terbabit dengan filem yang diterajui Johnny Depp itu, Perry juga berlakon dalam naskhah seperti Blue Crush dan Hawaii Five-O.

Penyelamat pantai

Lanun Pirates of the Caribbean, Tamayo Perry maut dibaham jerung

Di luar konteks dunia lakonan, Perry merupakan seorang peluncur air yang hebat dan penyelamat pantai yang disenangi ramai, demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media.

“Perry adalah salah seorang penyelamat pantai legenda dan kehilangannya merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan,” kata kenyataan tersebut lagi.

Sebelum maut diserang jerung, Perry dalam salah satu temubual sebelum ini pernah mendedahkan telah berdepan banyak insiden sewaktu meluncur air dan melakukan kerja menyelamat yang hampir meragut nyawanya.

Baca Juga:
“Kalau budak ini tak panjat rumah saya, saya tak akan jumpa barang sihir ini”- Aeril Zafrel terima permohonan maaf lelaki ceroboh rumahnya
Penemuan pergelangan tangan terputus dalam kereta terbakar rupanya bergaduh rebut kawasan dadah
Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 cari lelaki lapah kucing
CATEGORIES