Langkah Dubai: Sanusi sahkan wujud gerakan tumbangkan Kerajaan Perpaduan

Langkah Dubai: Sanusi sahkan wujud gerakan tumbangkan Kerajaan Perpaduan

Langkah Dubai: Sanusi sahkan wujud gerakan tumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Cakap-cakap politik berkait spekulasi ‘Langkah Dubai’ hari ini masih lagi kedengaran biar pun tiada sebarang bukti signifikan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tampil mengesahkan bahawa wujud gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Langkah Dubai: Sanusi sahkan wujud gerakan tumbangkan Kerajaan Perpaduan

Sambil bertegas dengan pendirian bahawa bakal berlaku peralihan sokongan, menurut Sanusi, sebarang usaha mengalih sokongan ahli-ahli parlimen adalah mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“(Kerajaan ini) tidak (akan) bertahan sampai lima tahun (ataupun sehingga habis penggal), mereka akan tumbang, saya (nak maklumkan bahawa saya) tahu (bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang) tetapi tidak boleh ‘habaq’ (beritahu kepada umum), (perubahan kerajaan adalah) menerusi peralihan sokongan (yang) akan berlaku.

“(Sebenarnya) mereka pun yakin mereka akan jatuh, mereka ‘kelupoq’ (sedang menggelupur), muka sorang-sorang pucat sahaja, cuba pergi tengok menteri-menteri, muka semua pucat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kedah turut mendakwa bahawa usaha untuk menukar kerajaan yang dilakukan ketika ini mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.

“Bila kita lemparkan perkara ini dalam kalangan orang ramai, tidak ada yang membantah, yang gusar (itu hanya) seorang dua yang akan hilang kuasa sahaja, tetapi rakyat menyambutnya dengan baik.

Namun, Sanusi menambah, Langkah Dubai hanya satu ‘dummy’ sahaja.

@freedomworldpeople #tebukatap #kerajaantumbang ♬ original sound – Freedom World

“Saya kata agak-agak sahaja, takkan semua perkara nak ke Dubai, bincang, kalau bincang di Chow Kit, jadi Langkah Chow Kit sebab di Kuala Lumpur,” katanya.

Dua hari lalu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendirian kekal teguh memastikan Kerajaan Perpaduan kekal dan tidak berminat menyertai ‘Langkah Dubai’.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, GPS akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan menerima laporan risikan berkaitan isu ini. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa isu ini tidak memberi kesan sebaliknya Kerajaan Perpaduan kekal dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebelum ini menyifatkan drama ‘Langkah Dubai’ tidak memberi kesan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan dan kekal fokus menerajui agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Baca juga:
Wang RM700 juta dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti, SPRM siasat dua bekas PM
Walaupun duit Malaysia tengah lemah, ini senarai 5 negara yang boleh pergi melancong dengan tenang
Gelagat ayam berlari pakai kasut saiz kanak-kanak buat ramai terhibur
CATEGORIES