Langgar lampu isyarat merah, pacuan empat roda dikejar sejauh 180km dari Muar sampai KL

Photo of author

By Syima Iza

Langgar lampu isyarat merah, pacuan empat roda dikejar sejauh 180km dari Muar sampai KL.

Polis sedang memburu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang cuba meloloskan diri ketika dikejar sejauh 180 kilometer dari daerah ini hingga ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, insiden tersebut bermula pada jam 2.30 pagi, Rabu, apabila pemandu kenderaan itu melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri.

Langgar lampu isyarat merah, pacuan empat roda dikejar sejauh 180km dari Muar sampai KL

“Secara kebetulan, sebuah kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar terserempak dengan kenderaan tersebut, lalu memintanya berhenti untuk pemeriksaan.
“Namun, suspek terus memecut kenderaannya dan melarikan diri, sebelum pasukan peronda terbabit mengejarnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pasukan peronda terus mengejar kenderaan yang dipandu oleh suspek dengan bantuan Polis Kontinjen Melaka, Bukit Aman, dan Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sehingga ke Jalan Chan Sow Lin.

Namun, suspek berjaya meloloskan diri apabila kenderaan yang dipandunya ‘memanjat’ tebing yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan polis sebelum memandu melawan arus.

“Suspek kemudian menghilangkan diri. Usaha untuk mengesan pemandu dan kenderaan pacuan empat roda tersebut masih giat dijalankan,” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kenderaan dan suspek supaya menghubungi balai polis terdekat.

Beliau juga memberitahu bahawa polis telah membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Lagi:
Ribuan ulat bulu hitam terbang di udara bikin penduduk risau
Wanita dedah perangai abang ipar ‘sebiji’ macam lelaki curang dalam filem ‘Ipar adalah maut’
Senarai pemenang ‘Toilet Of The Year 2024’ buat ramai netizen teruja