Lambat sejam, pemilik homestay halau keluar macam ‘anjing’

Lambat sejam, pemilik homestay halau keluar macam ‘anjing’

Lambat sejam, pemilik homestay halau keluar macam ‘anjing’.

Penginap homestay kecewa dengan sikap pemilik kerana menghalau mereka seakan ‘anjing’ hanya kerana lewat sejam ‘check out’.

Difahaman, kejadian tersebut berlaku di sebuah homestay (inap desa) yang terletak di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Lambat sejam, pemilik halau keluar


Menerusi video tular tersebut, pengguna dikenali Shafiq Ghani mengakui kesalahan yang dilakukan oleh mereka kerana keluar daripada rumah tersebut lewat sejam seperti yang ditetapkan oleh pemilik sebelum ini.

Bagaimanapun, ia bukanlah ‘tiket mudah’ buat penghuni tersebut menghalau mereka, seolah-olah seperti haiwan.

Ujarnya, mereka tiada masalah jika pemilik berkenaan mahu mengenakan bayaran tambahan atas kelewatan mereka keluar daripada rumah tersebut.

“Ya, saya mengaku kami lambat check out. Kalau makcik (pemilik homestay) nak kenakan bayaran sehari RM100 hingga RM200 pun saya bayar.
“Tapi, jangan halau kami macam anjing baling makanan apa semua. Allahuakbar,”luahnya dalam nada kecewa dan kesal.

Lambat sejam, pemilik homestay halau keluar macam 'anjing'

Dalam hantaran yang sama, Shafiq juga berkongsi tangkapan layar perbualan mereka bersama pemilik berkenaan.

Tangkapan layar tersebut memaparkan peringatan yang diberikan oleh pemilik tersebut mengenai waktu ‘check out’ mereka daripada rumah tersebut iaitu setakat jam 1 tengah hari sahaja.

Campak barang, hilang pertimbangan
Namun, apa yang membuatkan mereka kecewa adalah pemilik rumah tersebut bertindak mencampakkan barang mereka, termasuk beg alat solek.

Mengulas lanjut, dia memaklumkan mereka tidak sengaja untuk lewat keluar dari rumah tersebut kerana terlelap akibat penat menguruskan beberapa urusan perniagaan.

Lambat sejam, pemilik homestay halau keluar macam 'anjing'

“Semalam, lepas berniaga event Alor Setar, terus hantar barang ke Perlis pula. Jadi sampai pada jam 8 pagi. Kemudian, terlelap dan terjaga lewat sejam sahaja,”jelasnya dalam hantaran video tersebut.

Akibat kecewa dengan tindakan pemilik tersebut, dia berharap agar perkongsian video tersebut dalam membuka mata orang ramai untuk tidak menginap di rumah tersebut pada masa akan datang.

“Orang Alor Setar, tolonglah boikot perniagaan orang Islam yang perangai macam mak cik ini. Mak cik halau kami macam anjing kan? Okey, tak apa.
“Saya kongsi ni saya tak mahu orang lain akan kena macam kami kena ni, memanglah kami salah lambat sejam sahaja,”tulisnya pada ruangan kapsyen.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan atau penjelasan mengenai kejadian tersebut daripada pemilik tersebut.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap pemilik rumah tersebut.

Baca Juga:
Lelaki pecah rekod makan nasi kandar RM222 di restoran mamak terkenal di Pulau Pinang
Guru jamah makanan agar-agar santan yang dibawa anak muridnya dapat pujian ramai
Tragedi perkelahan enam sekeluarga di Sungai Bidor, ibu lemas dan 3 anak masih hilang
CATEGORIES