“Laju weh, besar gila”-Lelaki teruja dapat lihat bayang ikan gergasi kejar pesawat, rupan-rupanya…

Photo of author

By Syima Iza

“Laju weh, besar gila”-Lelaki teruja dapat lihat bayang ikan gergasi kejar pesawat, rupan-rupanya…

Kapal terbang merupakan pengangkutan udara utama yang sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh, seperti ke luar negara. Namun, ada juga yang memilih menaiki pesawat untuk perjalanan dalam negeri bagi menjimatkan masa.

Bagi sesetengah penumpang, pengalaman melihat pemandangan dari tingkap pesawat adalah sesuatu yang mengujakan, terutama bagi mereka yang jarang berpeluang menaikinya.

"Laju weh, besar gila"-Lelaki teruja dapat lihat bayang ikan gergasi kejar pesawat, rupan-rupanya...

Teruja Nampak ‘Ikan’ Besar di Laut

Baru-baru ini, sepasang suami isteri menaiki pesawat untuk berbulan madu di sebuah pulau di Kedah. Namun, kejadian lucu berlaku apabila si suami tersalah sangka melihat bayang di laut sebagai seekor ikan besar.

Dalam video yang dikongsikan oleh @dinomilooo di TikTok, si isteri terdengar memberitahu suaminya bahawa terdapat bayang menyerupai ikan di dalam laut.

@dinomiloooMacam ni punya ikan pun ada ke 😂

♬ original sound – 𝕯𝖎𝖓𝖔𝖒𝖎𝖑𝖔𝖔𝖔🦋

Teruja dengan pemandangan itu, si suami terus melihat ke luar tingkap dan mendapati ‘ikan’ tersebut berenang dengan laju, seolah-olah sedang mengejar pesawat yang mereka naiki.

Rupa-Rupanya Bayang Kapal Terbang

Namun, sebaik sahaja pesawat melintasi kawasan hutan, mereka menyedari bahawa bayang yang disangka ikan itu sebenarnya adalah bayang kapal terbang mereka sendiri.

Malu dengan kesilapan itu, si suami terus menutup wajahnya sambil tergelak.

Dalam temubual bersama BuzzKini, Dino memaklumkan bahawa mereka ketika itu dalam perjalanan menuju ke Langkawi.

Netizen Terhibur dan Berseloroh

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan reaksi suami tersebut.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan bahawa ikan itu sangat hebat kerana mampu berenang sehingga merentasi pokok.

Tidak kurang juga yang mengakui mereka sendiri pernah tertipu dan menyangkakan bayang kapal terbang sebagai ikan di laut.

“Hebat ikan tu, sampai atas pokok pun boleh berenang!” seloroh seorang pengguna.

Baca Juga:
Ini sebab kenapa 6 pengasas syarikat terkenal pernah ‘Dihalau’ dari syarikat sendiri
Ini sebab kenapa doktor ini nasihat jangan minum air kosong sahaja ketika sahur
Ini rupa sebenar seluar ‘Jeans Vintage’ yang bernilai hampir RM400k