Lagi tular video empat warga asing ceroboh panjat Menara Merdeka 118. Belum pun selesai isu pasangan Rusia dikatakan menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118, satu lagi video memaparkan empat individu dipercayai warga asing memanjat menara kedua tertinggi di dunia itu tular.
Berdasarkan tulisan dalam video berkenaan, difahamkan empat warga asing itu telah bertindak menceroboh menara tersebut sehingga ke bahagian puncak.
Keempat-empat individu tersebut kemudiannya duduk di bahagian puncak dan mengambil gambar pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
Difahamkan, mereka mengambil masa enam jam untuk sampai ke puncak Menara Merdeka 118 itu.
Dalam video penuh yang dimuat naik ke laman YouTube, kumpulan berkenaan sebelum itu turut memanjat ke bahagian bumbung sebuah hotel bersebelahan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).
Video itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Paul Wong, berkapsyen “Lagi satu kes” menerusi halaman JB Tracer: Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service
Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook