Lagi kes buli, penuntut tahun satu UPNM retak tulang dipijak senior

Photo of author

By Syima Iza

Lagi kes buli, penuntut tahun satu UPNM retak tulang dipijak senior.

Seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang, dipercayai akibat dipijak oleh penuntut senior.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang lagi penuntut universiti yang sama melecur di badan akibat ditekap dengan seterika oleh senior.

Lagi kes buli, penuntut tahun satu UPNM retak tulang dipijak senior

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.40 malam kelmarin.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.45 malam, 21 Oktober lalu, ketika mangsa berada di tepi padang kawad selepas selesai panggilan nama.

“Seorang lelaki berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga di universiti berkenaan.
“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan yang dialami.
“Kes masih dalam siasatan, dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, berkata kejadian tersebut berlaku dalam tempoh yang lebih kurang sama dengan kes yang berlaku sebelum ini.

Namun, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes tersebut sedang dalam siasatan polis.

Baca Lagi:
Ramai terkejut, rupanya keluarga dari Malaysia pemilik tanah kedua terbesar di New Zealand
Owner gedung butik menyamar jadi pelanggan test pekerja baru, tak sangka ini yang terjadi
“Bertuah Jadi Rakyat Malaysia”- Warga Indonesia cemburu dengan pasport Malaysia, ini sebabnya