Lagenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid kenalkan isteri kedua usia 21 tahun

Lagenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid kenalkan isteri kedua usia 21 tahun

Tanpa berselindung, legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita muda, Nurul Farhana Asyikin, dua tahun lalu.

Meskipun masih muda, Farhana yang berusia 21 tahun merupakan peminat lagu dikir barat Halim dan mula berkenalan dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Anak Tupai itu menerusi media sosial.

“Saya dan Farhana berkahwin pada 8 November 2022 dan baru sahaja mempunyai seorang cahaya mata yang kini berusia enam bulan.

Lagenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid kenalkan isteri kedua usia 21 tahun

“Perkenalan dengan isteri kedua sangat unik kerana sebelum ini pernah mengasuh anak sepupu saya sebelum kami berkenalan dalam media sosial.
“Isteri kedua berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Meskipun dia masih muda tetapi dia tahu lagu-lagu dikir barat yang saya nyanyikan,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang akhbar Konsert Zikir Dikir semalam.

Berjarak usia 43 tahun, faktor tersebut tidak menghalang penyanyi itu untuk mengecap kebahagiaan bersama isteri kedua dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Davinia Ateeliya.

Selain Davinia, Halim turut mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan isteri pertama.

Ditanya mengenai hubungan isteri pertama dan kedua, Halim akui kedua-duanya enggan mengulas lanjut sebaliknya bersyukur apabila isteri pertama menerima keputusan untuk berkahwin dua.

“Isteri pertama dan kedua ini saya boleh katakan tidak berbaik dan juga tidak bergaduh. Mereka juga jarang berjumpa walaupun rumah kedua-duanya hanya tiga minit.,” ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Halim akan bersama dengan penyanyi lagu kerohanian Hafiz Hamidun dalam Konsert Zikir Dikir yang berlangsung pada 3 Mei di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Peminat boleh mendapatkan tiket melalui laman sesawang www.zikirdikir.com yang sudah dibuka sejak semalam .

Baca Juga:
Pengantin wanita terima mas kahwin rumah 1.5 bilion dan 2 buah kereta
Kontraktor bantu sembunyi wang hampir RM4 juta dalam akaun bank dihukum penjara
Anak belasah ibu kandung dengan kunci stereng kereta sampai patah gigi
CATEGORIES