KWSP boleh dikeluarkan guna kaedah ‘cagaran’ untuk yang benar-benar terdesak wang

Photo of author

By Syima Iza

KWSP boleh dikeluarkan guna kaedah ‘cagaran’ untuk yang benar-benar terdesak wang. Kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan, dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Kita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran (pengeluaran) masa Covid-19 dan semua negara luluskan (kaedah itu).

KWSP boleh dikeluarkan guna kaedah 'cagaran' untuk yang benar-benar terdesak wang

“Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang… ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ.

“Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.

“Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak withdraw (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran,” katanya.

Baca Lagi:
Usahawan wanita kerugian RM3.17 juta ditipu pembekal sarung tangan getah
8 jam disoal siasat, Muhyiddin dedah perangai SPRM
Pembunuh bersiri terkenal bunuh lebih 100 mangsa ditembak mati