Kura-kura tertua di dunia sambut hari lahir ke 191

Photo of author

By Syima Iza

Kura-kura tertua di dunia sambut hari lahir ke 191.

Seekor kura-kura bernama Jonathan menyambut hari lahirnya yang ke-191 di pulau Saint Helena.

Bagaimanapun, usia haiwan itu kemungkinan lebih tua daripada yang dicatatkan.

Kura-kura tertua di dunia sambut hari lahir ke 191

Laporan oleh United Press International (UPI) memaklumkan, umur sebenar Jonathan tidak diketahui tetapi usianya dikatakan sekurang-kurangnya 50 tahun ketika dibawa ke pulau itu dari Seychelles pada 1882.

Anggaran berdasarkan usia Jonathan dibawa ke Saint Helena itu menjadikannya sekurang-kurangnya berusia 191 tahun, dan mungkin lebih tua, kata Guinness World Records (GWR) mengumumkan.
Jonathan ialah haiwan darat tertua yang masih hidup di dunia, serta spesis kura-kura atau chelonian tertua dalam sejarah yang direkodkan.
Ia adalah kura-kura gergasi Seychelles, spesis dengan jangka hayat purata kira-kira 150 tahun.

Bercakap kepada GWR, seorang doktor haiwan, Joe Hollins berkata, walaupun Jonathan sudah hilang deria bau dan hampir buta akibat katarak namun kura-kura itu tetap berselera makan.

“Pasukan kecil kami yang berdedikasi menyuapnya makan sekali seminggu termasuk diet buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Ini bukan sahaja untuk menambah kalorinya tetapi meningkatkan metabolismenya merangkumi vitamin, mineral dan unsur surih,” katanya.

Jonathan sudah tinggal di Plantation House, kediaman gabenor Saint Helena selama 141 tahun.

Baca Lagi:
Penyanyi Cinta Sejati kini milik Tiko, dinikahkan bapa BCL di resort percutian mewah
Dua kapal terbang terhempas pada hari sama
Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52