Kura-kura hilang selama 30 tahun ditemui masih hidup di dalam stor rumah

Photo of author

By Syima Iza

Kura-kura hilang selama 30 tahun ditemui masih hidup di dalam stor rumah.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi kehilangan haiwan peliharaan dari rumah, namun selepas tiga dekad, ia rupanya masih hidup dan sedang berada dalam rumah yang sama?

Kejadian aneh itu berlaku kepada keluarga ini selepas kura-kura yang diberi nama Manuela, menghilang pada tahun 1982. Namun selepas tiga dekad berlalu, kura-kura itu telah ditemui semula masih hidup tersembunyi dalam sebuah kotak di sebuah bilik kecil.

Kura-kura hilang selama 30 tahun ditemui masih hidup di dalam stor rumah

Kejadian ini berlaku di Rio de Janeiro, Brazil, selepas keluarga En. Almeida pada tahun 1982 mencari kura-kura mereka di sekitar kawasan rumah, namun malangnya ketika itu ia tidak ditemui. Mereka menganggap bahawa kura-kura itu telah melarikan diri melalui pintu hadapan yang terbuka.

Setelah En. Almeida meninggal dunia, anak-anaknya mula membersihkan sebuah bilik simpanan yang terkunci di dalam rumah. Dalam bilik itu terdapat koleksi barangan elektrik yang rosak serta pelbagai lagi objek yang tidak terpakai selama bertahun-tahun oleh En. Almeida.

Alangkah terkejutnya mereka apabila menemui Manuela, kura-kura keluarga itu yang hilang sejak 30 tahun lalu, masih hidup dan dalam keadaan sihat, bersembunyi di dalam sebuah kotak dalam stor berkenaan.

“Apabila saya meletakkan kotak itu di luar untuk lori sampah mengutipnya, seorang jiran berkata, “Adakah anda juga membuang kura-kura itu?'” kata anak En. Almeida.

“Saya melihat dan di situlah dia. Saya benar-benar terkejut, tidak dapat memahami apa yang saya lihat.”

Kura-kura secara umumnya mempunyai sifat sama seperti ular, berkebolehan luar biasa untuk bertahan tanpa makanan untuk jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun, bertahan selama 30 tahun adalah sesuatu yang benar-benar luar biasa.

Bahkan seorang veterinar yang berpusat di Rio, Dr. Jeferson Peres berkata bahawa kura-kura seperti ini di alam liar diketahui dapat hidup tanpa makanan selama 2 hingga 3 tahun sahaja. Namun, bertahan selama tiga dekad adalah suatu yang sukar dipercayai. Dr. Peres berkata lagi berkemungkinan besar kura-kura itu masih hidup dengan memakan serangga kecil dan menjilat air pada permukaan lembap.

Biasanya, kura-kura spesis ini memiliki jangka hayat sehingga 50 tahun, yang bermakna Manuela masih memiliki beberapa dekad lagi untuk hidup.

Kura-kura hilang selama 30 tahun ditemui masih hidup di dalam stor rumah

Baca Lagi:
Wanita kantoi curi rantai leher budak dirakam, ‘rantai tak dapat, gelang besi yang dapat’
Artis jelita mengaku berbogel dalam filem hantu
Hanya kerana berhenti kerja notis 24 jam, lelaki ini bakal disaman majikan sebanyak RM4,800