Kumpulan ajaran sesat SiHulk cuba kuasai sebuah masjid di New Zealand, penduduk tempatan semakin resah

Photo of author

By Syima Iza

Kumpulan ajaran sesat SiHulk cuba kuasai sebuah masjid di New Zealand, penduduk tempatan semakin resah.

Pengikut ajaran sesat, SiHulk dan ketuanya, Suhaini Muhammad dikatakan cuba menguasai sebuah masjid di New Zealand bagi menyebarkan fahaman mereka.

Menurut sumber keselamatan, bagaimanapun cubaan mereka itu tidak disenangi penduduk tempatan di sana.

Kumpulan ajaran sesat SiHulk cuba kuasai sebuah masjid di New Zealand, penduduk tempatan semakin resah

“Malah, bagi meneruskan kelangsungan hidup di sana, mereka juga mendaftar perniagaan dengan nama Society Of Islamic Holiticism Universal Linkage Knowledge (SiHulk) pada 12 Jun lalu.

“Mereka membuka perniagaan itu untuk meneruskan penjualan air SiHulk itu selepas kilang di Johor ditutup,” katanya.

Menurut sumber, selain itu ada juga bekerja memetik buah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Mereka melarikan diri ke New Zealand sejak Mac lalu secara berperingkat menggunakan pas lawatan sosial yang perlu diperbaharui tiga bulan sekali.

“Malah, lebih banyak kecaman diterima itu akan digunakan oleh mereka untuk memohon suaka di negara terbabit,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan dianggarkan 150 pengikut ajaran sesat, SiHulk kini berada di New Zealand bersama-sama ketua ajaran itu, Suhaini.

Sumber keselamatan bagaimanapun memaklumkan, jumlah sebenar pengikut ajaran itu yang masih berada di negara ini tidak diketahui.

Antara penyelewengan ajaran sesat itu ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan.

Selain itu, mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai jantina, menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan baginda tiada kemaluan dan sebagainya.

Malah, mereka kini dipercayai cuba mendapatkan permohonan suaka dari kerajaan di sana dengan menggunakan alasan diancam rakyat di negara ini.

Masih dijual dalam talian tapi tak aktif

Air minuman jenama SiHulk yang didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit didapati masih dijual secara dalam talian setakat ini namun aktivitinya tidak aktif.

Tinjauan Harian Metro dagang mendapati penjualan air itu masih berada di dua laman e-dagang dengan seorang peniaga di setiap platform itu.

Bagaimanapun, pemerhatian mendapati peniaga di sebuah platform e-dagang sudah tidak aktif sejak 13 minggu lalu dan hanya ada dua ulasan pelanggan dengan pembelian terakhirnya pada Mac tahun lalu.

Berdasarkan penerangan tertera, air minuman yang dijual sekotak dengan 10 botol berharga RM80 itu menyatakan mempunyai madu yang ditapai bagi mengaktifkan bakteria baik.

Manakala di sebuah lagi platform, air minuman itu didakwa menggunakan bahan organik mengikut nisbah tertentu dan kiraan falak yang mempunyai getaran tinggi frekuensi warna-warna alam yang baik untuk kesihatan zahir dan batin.

Sementara itu, tinjauan dilakukan di premis perniagaan mendapati tiada aktiviti penjualan air itu malah peniaga mengakui tidak mengetahui jenama berkenaan sebelum ini.

Pemilik pasar raya mini dikenali sebagai Adib, 27, dia mengetahui mengenai jenama air itu selepas berita mengenai ajaran sesat terbabit dilaporkan media dan mengakui sebelum ini dia juga tidak pernah mendengar jenama itu.

Menurutnya, sebagai peniaga, dia tidak menerima air yang ditawarkan pembekal dengan mudah terutama yang mendakwa boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik atau memberi tenaga tambahan kerana bimbang menjejaskan pelanggan.

“Kami tidak menjual air itu, malah mendengar namanya juga tidak pernah dan belum juga pernah muncul di Facebook saya sebelum ini. Apabila media dedahkan baru kami tahu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Penguatkuasaan tegas perlu dilakukan bagi mencegah ia terus dijual di pasaran kerana itu secara tidak langsung menyumbang kepada kumpulan berkenaan yang kita tahu ajaran dibawanya sesat dan kerajaan juga sudah mengeluarkan fatwa,” katanya.

Peniaga kedai runcit dikenali Muhammad, 25, berkata, dia juga tidak mengetahui jenama air itu yang turut dikatakan popular ketika pandemik Covid-19, tiga tahun lalu.

“Selepas mendengar berita mengenai air itu tidak dibenarkan dijual di pasaran, kami mengambil maklum perkara itu dan sebelum ini juga tiada air itu di kedai kami,” katanya.

Kelmarin media melaporkan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menyiasat aktiviti jualan secara dalam talian minuman kesihatan jenama SiHulk yang mendakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit.

Baca Lagi:
Makcik dakwa Umno kafir itu sudah nyanyuk dan keluarga minta padamkan video – Nik Amar
Rahsia Batu KM 0 dekat pejabat Pos yang masih ramai tak tahu
Selepas 3 bulan wang tunai RM353,140 yang ditemui di tapak pelupusan sampah masih belum dituntut