Kuih raya ‘jari hantu bengkak’ netizen rasa geli dan seram nak makan

Photo of author

By Syima Iza

Baru-baru ini pelbagai koleksi biskut raya yang aneh menjadi pilihan peniaga untuk dijual sempena Aidilfitri.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok oleh @fykaascha, pembuat konten yang terkenal dengan kandungan seram telah menjual biskut raya menyerupai jari hantu yang mencuri perhatian ramai.

Kuih yang diberi nama jari hantu bengkak itu jelas kelihatan seperti jari manusia yang seram, lebih-lebih lagi apabila dikongsikan bentuknya sebelum dan selepas dibakar.

Kuih raya 'jari hantu bengkak' netizen rasa geli dan seram nak makan

Berdasarkan rakaman itu, individu tersebut menggunakan kacang almond sebagai salah satu bahan penting untuk menampakkan seperti kuku jari dan barangkali jam strawberi atau ceri diletakkan sebagai darah yang berlumuran pada bingka jari hantu itu.

Rata-rata pengguna media sosial geli dan seram untuk makan kuih jenis seperti itu.

“Macam-macam kuih raya tahun ni, takut pula nak makan,” komen @ali.

@fykaa_kaka Biskut Raya tahun ni.. Jari Hantu Membengkak.. 🤤🤤🤤🤤🤤 #foryou #raya2024 ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

“Kalau tunjuk kat mak saya mesti kembang tekak, tak nak makant erus,” komen @fadiin.

“Janganlah buat biskut macam itu, nak sentuh pun takut,” komen @julie.

Sehingga kini, video itu mendapat 1 juta tontonan, 28,000 tanda suka dan 21,000 perkongsian.

Baca Juga:
Demi ibu, Aliff Syukri padam MV ‘Love Raya’, kecil hati dikecam
Anak kecewa duit jual laksa tepi jalan ‘lebur’, mak kena tipu beli seluar kesihatan RM800
Bapak besar! Penampakan 2 ekor buaya dalam sungai belakang rumah buat netizen seram