Kucing tidur atas tayar, wanita ini sengaja suruh kawan ‘reverse’ kereta akhirnya ini yang jadi..

Photo of author

By Syima Iza

Kucing tidur atas tayar, wanita ini sengaja suruh kawan ‘reverse’ kereta akhirnya ini yang jadi.. Semua haiwan yang ada di dunia ini perlu dijaga dan dikasihi kerana ia juga makhluk Tuhan

Tiada seorang pun boleh bertindak ganas atau tidak berhati perut semasa melayani haiwan-haiwan. Kucing merupakan haiwan yang paling jinak dan ramai suka memeliharanya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan gadis tidak menolong kucing yang tersekat dalam tayar itu telah mencuri tumpuan.

Kucing tidur atas tayar, wanita ini sengaja suruh kawan 'reverse' kereta akhirnya ini yang jadi..

Lihat video penuh itu di bawah:

Undur kereta dengan perlahan walaupun tahu keberadaan kucing

Menerusi video berkenaan, kelihatan seekor kucing sedang berada di tayar kereta seorang gadis. Kucing itu hanya mahu perlindungan daripada cahaya dan lopak air.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis dalam kereta itu bertindak mengundurkan kereta dan tidak menolong kucing itu. Rakan-rakannya yang berada di luar juga hanya merakam dan tidak berniat untuk membantu.

“Benda boleh angkat kan kucing tu, yang drive bingai yang tukang record bodoh” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M views, 2K retweets, 3K quote tweets dan 5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut mengecam tindakan segelintir gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kucing tidur atas tayar, wanita ini sengaja suruh kawan 'reverse' kereta akhirnya ini yang jadi..