Kucing mengigil kena sawan selepas pemiliknya tersalah beli ubat kutu ‘online’

Photo of author

By Syima Iza

Kucing mengigil kena sawan selepas pemiliknya tersalah beli ubat kutu ‘online’.

Seekor kucing dengan tiba-tiba mengalami sawan selepas pemiliknya dikatakan memberikan ubat kutu yang dibeli dalam talian.

Menerusi perkongsian video oleh pusat perubatan haiwan swasta, Furmily Animal Medical Centre di TikTok memperlihatkan seekor kucing berbulu corak belang seperti menggigil yang mana haiwan itu sebenarnya sedang sawan.

Kucing mengigil kena sawan selepas pemiliknya tersalah beli ubat kutu 'online'

“Kes menggunakan ubat kutu yang salah. Kucing boleh jadi sawan. Segera ke veterinar sekiranya perkara seperti ini berlaku.

“Pastikan anda menggunakan ubat kutu yang betul. Rawatan yang cepat daripada veterinar dapat menyelamatkan kucing ini. Alhamdulillah kucing ini dapat diselamatkan,” menurut kapsyen pada video tersebut.

@furmilyvet Hati-hati pet parent diluar sana dalam membeli ubat kutu terutama secara atas talian. Dapatkan konsultasi dari vet anda sekiranya tidak pasti. Sama-sama kita elakkan perkara seperti ini daripada berlaku. 🙏🏻#ubatkutu #racun #vet #sawan #kucing #furmilyanimalmedicalcenter ♬ Nirvana – Official Sound Studio

Dalam pada itu, pihak Furmily Animal Medical Centre turut berkongsi gambar ubat kutu yang menyebabkan ketoksikan, dikatakan diberikan kepada kucing tersebut.

“Hati-hati ‘ibu bapa’ haiwan di luar sana dalam membeli ubat kutu terutama secara dalam talian. Dapatkan konsultasi daripada veterinar anda sekiranya tidak pasti.

“Sama-sama kita elakkan perkara seperti ini daripada berlaku,” nasihat pihak tersebut.

Baca Juga:
Kopi ‘latte’ campur cili goreng dan serbuk lada harga RM13.40 laku keras
Hilang gelaran Miss Japan sebab jadi ‘penyondol’
Cikgu Param kongsi rahsia lantai rumah orang India kelihatan bersih, berkilat setiap hari