Kucing jalanan Malaysia bernama ‘baby’ jadi juara dunia

Photo of author

By Syima Iza

Kucing jalanan Malaysia bernama ‘baby’ jadi juara dunia.

Seekor kucing jalanan bernama Baby, milik pasangan suami isteri Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, berjaya mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa yang diadakan di Oslo, Norway, pada Ahad lalu.

Kucing betina berusia sembilan tahun itu, yang mewakili Malaysia, berjaya memikat hati juri dengan kejinakan, ketenangan, dan sifat manja yang ditonjolkannya sepanjang penilaian.

Kucing jalanan Malaysia bernama 'baby' jadi juara dunia

Baby mengalahkan ribuan pesaing dari seluruh dunia untuk meraih gelaran juara dalam pertunjukan anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife) itu.

Menurut Rooaida, Baby hanyalah kucing baka biasa yang diambil dari jalanan dan dipelihara sehingga kini.

“Baby telah diberi pendedahan dan latihan sejak awal untuk berinteraksi di khalayak ramai, termasuk menyertai pelbagai pertunjukan kucing tempatan.
“Saya dan suami sering membawa Baby menyertai pertunjukan dalam negara supaya dia lebih terbiasa dengan persekitaran yang ramai orang. Ini membantu memupuk sifat manja dan jinak dalam diri Baby,” kata Rooaida ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, penyertaan kali kedua ini benar-benar berbaloi apabila juri tertarik dengan keunikan Baby dan aspek-aspek lain yang memenuhi piawaian permarkahan.

“Ini adalah penghargaan terbaik yang diterima Baby kerana dia perlu bersaing dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukan itu.

“Bulu Baby yang cantik serta dandanan rapi yang disempurnakan sendiri oleh Shaharudin turut menjadi faktor penarik kepada para juri dan penonton,” katanya.

Katanya, meskipun Baby hanya kucing jalanan tanpa baka istimewa, perwatakan unik Baby memenuhi kriteria pemarkahan yang ketat.

Lebih istimewa, Baby turut bersaing dalam pusingan akhir pertandingan untuk merebut gelaran juara mutlak dengan seekor lagi kucing jantan bernama Miko, yang juga dimiliki pasangan itu.

Selain Baby, Malaysia turut menghantar lapan ekor kucing lain, termasuk empat kucing baka British Shorthair, tiga kucing jalanan, dan seekor kucing Bengal.

Turut mengiringi delegasi Malaysia dalam pertunjukan itu adalah Timbalan Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Habil Hussain, dan Setiausaha Agungnya, Muhammad Hasbullah Ibrahim.

Sementara itu, Muhammad Hasbullah menjelaskan bahawa kucing-kucing berdaftar di bawah KKM yang menyertai siri pertunjukan Fife di peringkat tempatan berpeluang melayakkan diri untuk bertanding di peringkat global.

Beliau menambah, acara tahunan berprestij ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya menyayangi haiwan peliharaan dan memeliharanya dengan lebih baik.”

@utusantvofficial 6 NOV 24: Baby dinobatkan sebagai juara dunia menewaskan ribuan pesaing lain dalam Pertunjukkan Kucing Antarabangsa yang berlangsung di Oslo, Norway Ahad lalu. Kucing betina milik pasangan suami isteri, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus itu berjaya menambat hati para juri. 📽 milik @mommy_gojes_miko #kucingmalaysia #juaradunia #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok ♬ son original – Cat’slife

Baca Lagi:
Ketua kampung curi dana penduduk RM304k untuk sara 4 isteri dan 20 anak
Rupanya ini maksud sebenar kenapa warga Bangladesh selalu pegang tangan sesama lelaki ketika berjalan
Ini sebab kenapa tidak digalakkan mengecas telefon di dalam kereta yang masih ramai tak tahu