Kubur pelajar tahfiz meninggal dunia hari jumaat berbau wangi selama 40 hari

Photo of author

By Syima Iza

Kubur pelajar tahfiz meninggal dunia hari jumaat berbau wangi selama 40 hari.

Kubur seorang remaja perempuan iaitu pelajar tahfiz yang meninggal dunia pada hari Jumaat, dilaporkan berbau wangi selama kira-kira 40 hari selepas kematiannya.

Kisah tersebut diceritakan oleh bapa remaja itu, Norhisyam Mat Yusuf, dalam sebuah program audio siar atau podcast yang turut dikongsikan di TikTok.

Kubur pelajar tahfiz meninggal dunia hari jumaat berbau wangi selama 40 hari

“Ustazah datang nak mandikan jenazah anak saya. Dia panggil saya, ‘Tengok ni, darah keluar’ (sambil tunjuk tempat darah keluar).
“Lepas tu, bila sampai di kubur selepas solat jenazah, penggali kubur cakap biasa hari Jumaat tak ramai penggali kubur, tapi kali ini datang lebih kurang berbelas orang.
“Korek-korek sekejap saja. Dia beritahu selepas pukul 3.30 petang, sebelum Asar, dah siap korek,” katanya dalam program tersebut.

Norhisyam berkata, penggali kubur juga memaklumkan bahawa wajah arwah anaknya berseri-seri apabila kain di bahagian muka dibuka sebelum ditutup semula.

“Meninggal hari Jumaat, lepas tu mudah. Bila malam, bau wangi. Lebih kurang 40 hari saya pergi ke kuburnya, saya balik rumah bau wangi. Allahuakbar,” katanya.

Berkongsi latar belakang anaknya, Norhisyam berkata, remaja tersebut belajar menghafal al-Quran di sebuah pusat tahfiz di Bukit Changgang, Banting, Selangor.

“Dia sakit, lepas tu tangguh sekejap. Dia kata kemungkinan kalau dia balik, nak berubat. Dia nak sambung hafal al-Quran balik,” katanya.

@ariffkhairuddinIkuti bagaimana pengakhiran hidup seorang remaja perempuan. Tonton video penuh episod 2 bersama Ir. Norhisyam Bin Mat Yusuf di YouTube Sembang Arif. #sembangarif #podcast

♬ original sound – Ariff Khairuddin

Baca Lagi:
“Kamu pengacara yang hebat dahulu..” – PU Syed tegur Azwan Ali berpakaian seperti wanita
Bayi perempuan menangis ditemui atas loteng rumah, penduduk syak ‘anak kuntilanak’
Lelaki ini jadi terkenal seluruh dunia selepas jadi pembeli no plat kereta paling mahal RM39 juta