Kubur paling mewah di dunia bernilai RM367k.
Sebuah kawasan perkuburan yang dibina khas untuk sebuah keluarga di Binjai, wilayah Sumatera Utara, menarik perhatian ramai kerana menelan kos sebanyak 1.2 bilion rupiah (RM367,133), lapor portal berita Okezone.
Terletak di Kampung Namu Ukur Selatan, kubur milik keluarga Sitepu itu menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi.
Kawasan perkuburan tersebut berkeluasan 12 meter dan panjangnya 15 meter. Kos pembinaannya sangat tinggi kerana menggunakan bahan seperti granit, ukiran granit, genting, dan ukiran patung, termasuk patung yang menggambarkan seseorang sedang dikebumikan.
Pembinaan kubur itu mengambil masa hampir satu setengah tahun kerana kesukaran mendapatkan bahan binaan.
Sebelum memasuki kawasan perkuburan, terdapat dua patung yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan pintu masuk sebagai penunjuk arah menuju lokasi kubur tersebut.