Kubah masjid diperbuat daripada emas bernilai hampir RM1 juta dicuri

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah hiasan kubah masjid yang diperbuat daripada emas dicuri di Masjid Al-Huda, Buru, dalam wilayah Maluku, lapor laman berita Insert Live kelmarin.

Hiasan kalimah ‘Allah’ itu diperbuat daripada emas seberat 2.6 kilogram dan bernilai 3 bilion rupiah (RM906,166).

Sejurus hiasan tersebut hilang, penduduk menemui tangga kayu yang ditinggalkan di tepi sungai berdekatan masjid tersebut.

Kubah masjid diperbuat daripada emas bernilai hampir RM1 juta dicuri

“Penduduk menemui tangga tersebut tidak lama selepas mendapat tahu bahawa hiasan kubah diperbuat daripada emas dilarikan pencuri.

“Namun, tiada pihak yang tampil mengaku pemilik tangga tersebut,” kata pemimpin tempatan, Fandi Ashari Wael.

Tambah Fandi, tangga itu dilihat seperti baru ditinggalkan, menyebabkan mereka percaya ia digunakan oleh pencuri untuk memanjat kubah masjid.

“Tangga itu amat panjang dan kelihatan baharu.

“Pencuri itu seperti seorang yang profesional. Dia mencuri secara senyap dan tiada sesiapa yang tahu sedangkan kedudukan masjid dekat dengan tempat tinggal penduduk,” ujarnya.
Baca Juga:
Arab Saudi mula berpuasa Isnin, Malaysia selasa
Kepala bayi terputus, tertinggal di dalam rahim ketika bersalin
Peminat setia sanggup ‘terbang’ dari Portugal saksi konsert Siti Nurhaliza di Bukit Jalil