Kuala Terengganu tiba-tiba bertukar jadi suasana seperti bandar Kuala Lumpur

Photo of author

By Syima Iza

Kuala Terengganu tiba-tiba bertukar jadi suasana seperti bandar Kuala Lumpur.

Pembukaan rasmi Mayang Mall di Terengganu pada 5 Disember mencetuskan suasana meriah di kalangan penduduk tempatan. Sambutan hangat itu menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sekitar bandar raya tersebut.

Video tular di TikTok memaparkan jalan-jalan sekitar Mayang Mall sesak dengan deretan kenderaan yang beratur panjang, menggambarkan keadaan seakan-akan kesibukan di ibu kota Kuala Lumpur.

Kuala Terengganu tiba-tiba bertukar jadi suasana seperti bandar Kuala Lumpur

Laluan sekitar pusat beli-belah itu, termasuk jalan menuju ke Drawbridge, dipenuhi dengan kenderaan sehingga ramai pengunjung terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk keluar dari kawasan tersebut.

Reaksi Netizen: Antara Keluhan dan Sokongan
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kesesakan yang berlaku akibat pembukaan Mayang Mall.

Selain itu, video turut tular menunjukkan pengunjung bersesak di kawasan parkir kereta sehingga mengambil masa hampir dua jam untuk keluar.

“Rela beramai-ramai, macam Mayang Mall itu buka sehari je,” tulis seorang pengguna, Kilat Senja.

@ahm4ddasuqi Lain macam terengganu sekarang ♥️🏴🏳️ #mayangmall #fyp #hotelgrandcontinentel #terengganu #kualalumpur ♬ Kau Bilang Cinta Padaku – DJ Bombompret

“Nak buat macam mana. Netizen pantang dengar tempat baharu. Semua pakat pergi, macam tiada hari esok dah,” komen Sapira Adira.

Namun begitu, ada juga netizen yang memuji semangat masyarakat Terengganu yang memberikan sokongan luar biasa terhadap pembukaan pusat beli-belah baharu ini.

“Pada saya, bagus rakyat Terengganu ini sebab jenis penyokong nombor satu. Baru lah tak sendu pembukaan Mayang Mall,” kata Faizah1410.

Walaupun kesesakan berlaku, sambutan luar biasa terhadap Mayang Mall menunjukkan keterujaan masyarakat setempat terhadap pusat beli-belah ini. Semoga ia dapat menjadi tarikan baharu yang menyemarakkan lagi ekonomi dan pelancongan di Terengganu.

Baca Juga:
“Mata tak berkedip”- Kucing sedih lihat video kawan-kawan jadi mangsa banjir
“Aku disisih keluarga sebab pilih suami tak berharta, tak sangka ada insan pengotor yang bantu aku dan suami”
Terdesak mahu guna duit, lelaki tahan kereta peronda polis untuk jual jam ‘G-Shock’