Krisdayanti umum tukar nama, ini nama barunya

Photo of author

By Syima Iza

Krisdayanti umum tukar nama, ini nama barunya. Selebreti hiburan Indonesia, Krisdayanti mengumumkan menukar namanya pada akhir April lalu.

Dengan keputusan yang telah diambil, penyanyi tersebut mahu media dan semua pihak yang berurusan dengannya selepas ini menggunakan nama baharunya.

Kata Krisdayanti, nama baharu yang ditukar tidak lain dan tidak bukan adalah Kris Dayanti.

Krisdayanti umum tukar nama, ini nama barunya

Ya, masih nama yang sama, namun berbeza suku kata.

Menurut penghibur yang juga seorang ahli politik itu, alasan dirinya kembali mahu menggunakan nama sama seperti dalam kad pengenalannya adalah kerana mengenang Allahyarham ayahnya.

“Dalam kad pengenalan atau akta kelahiran, nama saya dieja Kris Dayanti.

“Tapi bila saya bekerja dalam bidang hiburan dan banyak menjalin kerjasama dengan jenama besar, nama pentas digunakan sebagai Krisdayanti biar kedengaran lebih catchy,” kata isteri Raul Lemos itu seperti dilaporkan Detik.com.

Kris Dayanti kemudian menambah: “Semenjak ayah meninggal dunia, saya menjadi lebih menghargai dan akhirnya memutuskan untuk kembali menggunakan nama Kris Dayanti.

“Ini juga sebagai bentuk cinta dan kasih sayang buat ayah.”

Baca Lagi:
7 bahagian tubuh manusia yang disukai jin. Berhati-hatilah semua!
Lelaki terkejut jumpa rantai emas dalam maggi goreng yang dibeli
Muhyiddin disaran buat filem seperti Anwar, ‘Muhyiddin: The Untold Story’ mesti pecah panggung