Kota Bharu rekod judi online tertinggi di Kelantan

Photo of author

By Syima Iza

Daerah Kota Bharu merekodkan kes judi ‘online’ tertinggi di negeri ini apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun lalu.

Perkara terbabit didedahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kertas siasatan telah berdepan pendakwaan.

Kota Bharu rekod judi online tertinggi di Kelantan“Lapan kes sudah selesai manakala dua lagi dalam siasatan.

“Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10). Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2),” katanya

Menurut beliau, sepanjang Januari hingga Ahad sebanyak 83 kes judi online telah direkodkan dan daripada jumlah tersebut, Pasir Mas serta Tanah Merah merekodkan kertas siasatan paling tinggi dengan 14 kes.

“Diikuti Kota Bharu 13, Bachok (9), manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing tujuh. Kuala Krai (6) dan Jeli serta Gua Musang (3),” katanya.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Baca Juga:

Kecoh budak perempuan 12 tahun bertunang dengan duda anak satu
‘Apa masalah kau?’ – Pemandu undur kereta secara mendadak selepas bayar tol undang tanda tanya
Ramai terkejut Lady Gaga berteriak ‘saya akan masuk neraka’