Kontraktor bantu sembunyi wang hampir RM4 juta dalam akaun bank dihukum penjara

Photo of author

By Syima Iza

Seorang kontraktor dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang hampir RM4 juta milik sebuah syarikat beroperasi di Amerika Selatan berkaitan dengan urusan pembelian alat ganti mesin penaja elektrik, enam tahun lepas.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hafiz Abdul Halim, 36, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan dihadapinya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara setahun bagi setiap petuduhan namun hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tertuduh didakwa di mahkamah pada 19 Dis tahun lalu.

Kontraktor bantu sembunyi wang hampir RM4 juta dalam akaun bank dihukum penjara

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Muhammad Hafiz didakwa menolong menyembunyikan wang berjumlah RM3.92 milik Syarikat Energy Think Tank dari Republic of Ecuador yang mana mengetahui wang tersebut bukan miliknya, di Bank CIMB, Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail di sini, pada 6, 8 dan 12 Mac 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 2018, syarikat Energy Think Tank telah berurusan dengan syarikat Mitsubishi Corporation of Japan melalui e-mel bagi pembelian alat ganti mesin penjana elektrik sebelum menerima invois dari Yurina Kobayashi menuntut bayaran US$1.02 juta ke dalam akaun bank CIMB milik syarikat Mitsubi World Industry dengan membuat tiga transaksi pindahan wang.

Syarikat Energy Think Tank yang mengalami kerugian RM3.92 juta itu berasa ditipu setelah syarikat Mitsubishi Corporation of Japan menafikan invois yang diterima itu dan tiada pekerja bernama Yurina Kobayashi.

Siasatan mendapati akaun itu dibuka di CIMB Bank, Wisma Genting, di sini, atas nama pemilik tunggal Mitsubi World Industry yang mana tertuduh pemilik perniagaan itu, selepas seorang wanita meminta tertuduh mendaftar syarikat tersebut (Mitsubi World Industry) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara dalam talian.

Tertuduh telah menyerahkan kad bank, nombor pin serta buku cek kepada wanita terbabit dan tertuduh diminta mengeluarkan wang sebanyak tiga kali secara tunai di bank tersebut untuk diserahkan kepada seorang lelaki Nigeria sebelum tertuduh menutup akaun bank itu.

Terdahulu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Maidzatul Akmal Daud, mewakili Muhammad Hafiz memohon hukuman ringan kerana anak guamnya telah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan itu.

“Tertuduh perlu menyara isterinya yang juga suri rumah serta seorang anak kurang upaya. Tertuduh memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama dan akan lebih hati-hati supaya tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak lain,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahijman memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kes ini melibatkan tiga pertuduhan serta nilai kerugian mencecah RM4 juta selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar tidak terbabit atau menyerahkan akaun kepada pihak ketiga.

Baca Juga:
Balang kuih raya ‘legend’ menggamit memori beraya bersama keluarga, letak kuih raya 2/3 hari pun tak lemau
Anak bongsu tertinggal di R&R Pagoh, pekerja warga Bangladesh baik hati pinjamkan telefon call mak ayah
Remaja 15 tahun jadi wali nikah kakak buat ramai terharu