Kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan Warner Music ditamatkan setelah lantang bersuara sokong Palestin

Kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan Warner Music ditamatkan setelah lantang bersuara sokong Palestin

Kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan Warner Music ditamatkan setelah lantang bersuara sokong Palestin.

Hanya kerana lantang bersuara mengenai kekejaman zionis di Palestin, kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan syarikat rakaman, Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. ditamatkan.

Perkara tersebut terbukti apabila muncul salinan surat tular yang memaklumkan Warner Music Malaysia telah menamatkan kontrak Kaka, 34, yang berkuatkuasa 31 Disember ini.

Kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan Warner Music ditamatkan setelah lantang bersuara sokong Palestin

Menurut kontrak tersebut, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff tetap perlu memenuhi setiap aktiviti seni yang sudah diatur oleh pihak Warner walaupun selepas kontraknya ditamatkan.

Pelantun lagu Gila itu juga turut diberi amaran supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang boleh mencalarkan imej Warner Music Malaysia serta pihak berkaitan.

Kaka bagaimanapun sehingga ahri ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut.

Sementara itu, hasil tinjauan Kosmo! Online, nama Kaka juga sudah ‘ghaib’ daripada senarai artis yang bernauh dibawah label Warner Music Malaysia.

Antara selebriti yang masih bernauh di bawah Warner Music Malaysia ialah Bunga Isme, Alif Satar & The Locos, Zynakal dan Janna Nick.

Sejak semalam, nama Kaka menjadi topik bualan hangat apabila butiran dirinya didedahkan oleh akaun Instagram yang merupakan pro-Israel selepas lantang bersuara mengenai tindakan kejam Zionis terhadap Palestin.

Difahamkan, perkara itu tercetus susulan tindakan penyanyi tersebut meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?
“Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!” tulis Kaka.

Pihak berkenaan turut melakukan penyelidikan mengenai latar belakang Kaka sekali gus mendedahkan gambar, butiran peribadi, syarikat dinaunginya iaitu Warner Music Malaysia serta melabel penyanyi tersebut sebagai anti-Yahudi.

Rentetan daripada pendedahan tersebut, penyokong tegar Israel mula menyerang akaun Instagram penyanyi terbabit dalam ruangan komen.

Terdahulu, pada 13 Oktober lalu, syarikat induk, Warner Music Group memuat naik sebuah hantaran Instagram yang menyatakan sokongan mereka terhadap Israel selain menyifatkan Hamas sebagai pengganas.

SUMBER

Baca Lagi:
32 tahun tak pernah gunting rambut, wanita ini diiktiraf Guinness World Records, rambut terpanjang 2 meter
Bekas pengikut ajaran sesat dedah ‘boleh naik ke langit’ dengan hanya pakai jeket, hisap 3 dapur ganja boleh jumpa tuhan
Kura-kura tertua di dunia sambut hari lahir ke 191
CATEGORIES