Konsert rock menjadi kecoh, penyanyi biadap buka seluar ketika persembahan

Photo of author

By Syima Iza

Konsert rock menjadi kecoh, penyanyi biadap buka seluar ketika persembahan.

Sebuah festival muzik rock yang berlangsung di China menjadi kecoh selepas seorang penyanyi membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Shijiazhuang.

Menerusi video yang beredar dalam kalangan pengguna media sosial di China, vokalis kumpulan Violent Champagne telah membuka seluar sewaktu membuat persembahan di Festival Rock Home Town pada hujung minggu lalu.

Konsert rock menjadi kecoh, penyanyi biadap buka seluar ketika persembahan

Penyanyi yang dikenali sebagai Ding bagaimanapun telah ditahan dan didenda pihak berkuasa kerana berkelakuan tidak senonoh dan biadab di tempat awam, lapor CNN.

Disifatkan sebagai tidak bermoral, pihak penganjur turut terkena impak apabila didenda sebanyak RM16,350 dan tidak dibenarkan menganjurkan konsert.

Festival tersebut dipercayai akan dianjurkan selama tiga bulan.

Baru-baru ini turut kecoh apabila kumpulan The 1975 telah menimbulkan kontroversi di Malaysia apabila bersikap biadab dengan berciuman sesama jenis di atas pentas selain mengkritik kerajaan Malaysia kerana undang-undang berkaitan LGBT.

Baca Lagi:
Rafizi cabar Syahir pula berdebat hal ehwal ekonomi selepas Sanusi dan Azmin tolak
Lelaki pecahkan dinding kaca Pejabat Agung Pas diburu polis
Ustaz Dr Mohd Soberi Awang meninggal dunia ketika beri kuliah subuh