Kongsi foto coli merah gantung di balkoni, Ameera Khan dikecam netizen

Kongsi foto coli merah gantung di balkoni, Ameera Khan dikecam netizen

Kongsi foto coli merah gantung di balkoni, Ameera Khan dikecam netizen. Nama personaliti media sosial Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan netizen apabila adik kepada selebriti Neelofa itu memuat naik foto menggantung coli di balkoni di sebuah hotel.

Ameera atau Nur Ameera Khan, 23, yang kini berada di Perancis dilihat memuat naik hantaran berkonsepkan rona merah di Instagram miliknya dengan berkongsi foto buah strawberi, foto wajahnya dan sepasang baju dalam yang digantung di luar balkoni.

Tanpa sebarang kapsyen, influencer berkenaan hanya meletakkan beberapa emoji dengan lambang buah strawberi dan ciuman.

Kongsi foto coli merah gantung di balkoni, Ameera Khan dikecam netizen

Tindakan yang dilakukan Ameera itu bagaimanapun menerima kecaman netizen apabila rata-ratanya menyifatkan dia tidak mempunyai sifat malu kerana menayangkan pakaian dalam dipercayai miliknya.

“Astagfirullahalazim. Sifat malu bukan saja membabitkan hubungan sesama manusia, malah rasa mula juga mesti ada antara diri dengan Allah.

“Aku gara-gara tak nak jiran tengok baju dalam, seluar dalam tak akan jemur dekat luar. Yang dia ni buat tatapan jutaan pengikut lagi. Ish tak ada sifat malu.

“Tak malu dekat abang ipar ke,” tulis netizen.

Pada Mac lalu, Ameera dikecam kerana berkongsi foto berpakaian seksi ketika berada di Paris dengan menggayakan pakaian berona kulit yang melekap sekali gus menampakkan sosok tubuhnya.

Ameera memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu.

Ramai berpendapat imej yang dibawa oleh Ameera itu tidak seseuai memandangkan dia baharu sahaja pulang dari mengejarkan ibadah umrah.

Baca Lagi:
‘Aku izinkan suami kahwin dengan perempuan lain, tapi kali ini aku merayu sesiapa jumpa suami aku, suruhlah dia pulang’
Pekerja saman majikan kerana gajinya tidak dinaikkan selama 15 tahun kerja
Wanita lumpuh satu badan selepas kutip duit kertas dalam tandas awam
CATEGORIES