Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus mulai esok

Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus mulai esok

Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus mulai esok.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaikkan kadar kompaun kesalahan meletak kenderaan di bandar raya ini sehingga 100 peratus berkuatkuasa esok.

Berdasarkan notis dikeluarkan MBKT, kadar kompaun bagi kesalahan itu yang sebelum ini cuma RM5 jika diselesaikan dalam tempoh tujuh hari akan dinaikkan kepada RM10.

Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus mulai esok

Kadar yang perlu dibayar itu bakal meningkat kepada RM20 sekiranya pemilik kenderaan berkenaan hanya melunaskan kompaun berkenaan dalam tempoh antara tujuh dan 14 hari.

Sebelum ini, individu yang dikompaun atas kesalahan terbabit yang melakukan penyelesaian dalam tempoh sama hanya perlu membayar RM10.

Begitupun, kadar bagi kompaun yang dibayar lewat melebihi dua minggu pula kekal RM40.

Jurucakap MBKT menjelaskan, kadar baharu tersebut hanya dikenakan bagi pengeluaran kompaun bagi kesalahan meletak kenderaan di seluruh bandar raya ini mulai 15 November.

Katanya, kadar lama masih dikekalkan terhadap tunggakan kompaun bagi kesalahan sama yang dikenakan sebelum ini.

Baca Lagi:
Didakwa guna ilmu hitam kekal di ASGV, Siti Nordiana berani bersumpah
Anak temui bapa mati dalam pejabat selepas 4 hari tak balik rumah
Wanita hamil maut, kereta dipandu suami terbelah dua ketika ke hospital bersalin
CATEGORIES