Kompaun DBKL tidak lagi boleh dibayar guna MayBank2U & MAE mulai tahun 2025.
Pembayaran kompaun DBKL melalui laman web Maybank2U dan aplikasi MAE tidak lagi tersedia bermula 1 Januari 2025. Perkara ini dimaklumkan oleh Maybank menerusi kenyataan rasmi di laman webnya hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, perubahan ini berlaku kerana DBKL akan menghentikan perkhidmatan pembayaran dalam talian melalui JomPAY dan Pembayaran Bil, yang menyebabkan DBKL tidak lagi disenaraikan sebagai pengebil untuk pembayaran kompaun.
Orang ramai yang ingin membuat pembayaran kompaun DBKL boleh melakukannya melalui Kaunter Pembayaran DBKL, POS Malaysia, atau secara dalam talian melalui portal DBKLBayar, aplikasi PAY@KL, atau aplikasi PBTPay.
Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya terpakai untuk pembayaran kompaun DBKL sahaja. Pembayaran lain kepada DBKL seperti Cukai Taksiran, Cukai Tanah Rumah Jual, dan sebagainya masih boleh dilakukan seperti biasa.