Komando gatal ganggu wanita pekerja kaunter, siap panggil ‘sayang’ ucap I ‘love you’

Photo of author

By Syima Iza

Komando gatal ganggu wanita pekerja kaunter, siap panggil ‘sayang’ ucap I ‘love you’.

Satu video yang dirakam oleh seorang wanita tular apabila ia mempamerkan dirinya diganggu oleh lelaki yang mengakui dirinya seorang anggota beruniform.

Meskipun dia tidak mendedahkan wajah anggota terbabit namun ramai warganet menghentam tindakannya melakukan gangguan sebegitu di tempat awam.

Dah cakap tak suka tapi tetap kacau

Komando gatal ganggu wanita pekerja kaunter, siap panggil 'sayang' ucap I 'love you'
Menerusi rakaman tersebut, lelaki tersebut didengari terus menerus mencuba untuk berbual dengan wanita yang bekerja di bahagian kaunter itu.

Ketika itu, dia dipercayai berada di depan kaunter kerana sedang berurusan dan sambil menunggu ia selesai, lelaki berkenaan mengganggu wanita itu.

Malah, dia turut sempat meminta nombor telefon wanita tersebut meskipun telah berkali-kali memberikan respon tidak mahu berbual atau melayaninya.

Siap cakap ‘I love you’

@ailaa.zRagam Customer Terpaling Komando 🤣 Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya 🙄

♬ original sound – Aila

Bukan sekadar mengusik biasa dan meminta nombor sahaja tetapi lelaki itu juga dilihat mengucapkan ‘I love you’ kepada wanita berkenaan.
Tindakan wanita itu yang melawan kata-kata lelaki tersebut telah menarik perhatian warganet kerana berani menunjukkan dia langsung tidak berminat.

Hati-hati

Ramai warganet yang memberikan respon di ruangan komen di mana ada yang akui puas hati dengan cara ‘win’ wanita ini membalas ragam komando tersebut.

Dalam pada itu, segelintir individu menasihatinya untuk berwaspada kerana risau jika lelaki terbabit melakukan sesuatu di luar jangkaannya.

Baca Juga:
Isteri bertopengkan syaitan, tak berhati perut tinggalkan suami selepas kemalangan
Selepas Mirzan, Mokhzani Mahathir pula disiasat SPRM
MP Bukit Gantang dedah lagi 10 MP Bersatu akan sokong PMX menjelang akhir Februari