Koleksi syiling lama milik arwah bapa ditemui selepas banjir

Koleksi syiling lama milik arwah bapa ditemui selepas banjir

Koleksi syiling lama milik arwah bapa ditemui selepas banjir. Siapa sangka dalam melaksanakan kerja pembersihan akibat bencana banjir, ada secebis kenangan ditemukan keluarga ini selepas beberapa tahun kewujudan koleksi syiling lama dan antik milik arwah bapa pudar dari ingatan mereka.

Nurul Fahtira Zulkifli, 29, berkata, dia terkejut kerana melihat koleksi syiling lama dan antik peninggalan arwah bapanya, Allahyarham Zulkifli Awang masih dalam keadaan baik, meskipun ada yang basah akibat banjir.

“Kami adik-beradik datang ke rumah ibu di Kuantan, Pahang pada Rabu lalu untuk mengemas kerana rumah ibu terjejas akibat banjir dan ibu yang menunjukkan koleksi terbabit kepada kami.

Koleksi syiling lama milik arwah bapa ditemui selepas banjir

“Pada awalnya, ibu memberitahu sekiranya kami ingin menukar duit syiling kerana dia kurang arif berkenaan koleksi milik arwah bapa dan mengeluarkan banyak duit syiling.

“Namun, apabila diteliti, syiling berkenaan adalah milik arwah bapa (Allahyarham Zulkifli) yang kami sendiri juga sudah lupa mengenai koleksi terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nurul Fahtira berkata, mereka tidak menyangka koleksi peninggalan Allahyarham Zulkifli banyak hingga boleh memenuhi hampir empat bekas simpanan.

Katanya, dalam meneliti peninggalan milik arwah bapanya, dia mendapati koleksi yang paling lama dimiliki adalah syiling pada tahun 1913 dan ada juga salah satu syiling milik Allahyarham bernilai hingga puluhan ribu ringgit selepas diperiksa di aplikasi Facebook.

“Arwah bapa memang pengumpul barangan antik. bukan sahaja syiling tetapi koleksi seperti seterika lama, telefon lama serta kereta antik.

“Bagaimanapun, sejak arwah jatuh sakit pada 2015, dia terpaksa menjual semua kereta antik dan kami menyimpan koleksinya yang lain seperti syiling sehingga dijumpai baru-baru ini.

“Apabila terjumpa koleksi arwah ini, memang saya rasa gembira sangat kerana sudah lama tak tengok dan terkenang kembali kenangan apabila bapa selalu bercerita mengenai koleksi miliknya,” katanya sambil memberitahu arwah bapanya meninggal dunia pada 2017 akibat penyakit saraf.

Anak bongsu daripada lima adik-beradik berkata, dia baru sahaja membeli beberapa album dan tempat simpanan koleksi syiling untuk mengekalkan koleksi peribadi milik arwah bapanya bagi simpanan waris mereka akan datang.

Baca Lagi:
Kecoh mak nyah panjat tiang bendera sambil dedah dada, anggota polis terpaksa tarik kaki bawa turun
‘Maaf tergelak fesyen apa tu…Macam pakai seluar pendek nak jatuh’, Nadia Brian jadi tumpuan di TADS
Kambing masuk mahkamah didakwa curi pakaian dalam wanita
CATEGORIES