“Kita ingat ini ‘filter’ kak, rupanya betul-betul makeup” – Solekan tebal Sharifah Shahirah buat netizen geli hati.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah telah mencuri tumpuan warganet apabila dia mengenakan solekan tebal.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Sharifah Shahirah yang mesra dipanggil Shiera itu sedang memandu sambil mengomel.
Pelakon filem Buli ini dilihat memakai pembayang mata berwarna biru, gincu berwarna merah hati dan keningnya dilukis nipis.
Dalam nada berseloroh, Shiera berkata dia mengenakan solekan tersebut demi menjayakan satu watak.
Saya dah lama tak berlakon ingat dapat watak heroin Korea, ini dibaginya. Main-main ya..macam ini korang buat aku. Jangan tanya cerita apa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat aktres itu dan menyamakan dengan karakter dari sebuah filem Hollywood.
Saya nak gelak takut dosa, tak gelak geli hati.
Kita ingat ini ‘filter’ kak, rupanya betul-betul makeup.
Ni cerita Alice In Wonderland, Queen Red tu.
Dah rupa ratu kepala besar dalam Alice In Wonderland.
@shieraijoy74Kita dah kama tak belakon ingat dapat watak heroin korea ….ni di baginyaaa