Kisah pertumpahan darah Leftenan Adnan yang ramai orang tak tahu, leher dikelar dan isi perut terburai.
Nama perwira Leftenan Adnan Saidi pernah menjadi sebutan dalam kalangan pelajar sekolah menengah menerusi buku komponen sastera (komsas) Bahasa Melayu.
Kebanyakan daripada kita telah mengetahui serba sedikit sejarah perjuangan Leftenan Adnan ini.
Setiap 14 Februari, tarikh ini dikenang sebagai hari bersejarah bagi perwira Malaya dan Singapura-Malaysia dalam menghargai perjuangan mereka.
Mari kita hayati kisah perjuangan wira negara ini dalam usaha mengenang setiap titisan darah yang tumpah demi mempertahankan tanah air.
Sekujur Tubuh Kaku
Menurut kisah dari The Patriots, hati menjadi sayu melihat sekujur tubuh yang tergantung di sebatang pokok. Mayat Leftenan Adnan telah ditikam bertubi-tubi sebelum digantung di sebatang pokok di Singapura.
Keadaan lehernya yang dikelar dan isi perut yang terburai adalah akibat kekejaman penjajah Jepun. Mayat wira ini juga dilarang sama sekali diturunkan dari pokok tersebut sebagai pengajaran kepada sesiapa yang menentang arahan Jepun.
Semangat Juang Anak Melayu
Selama 48 jam pertempuran di medan perang antara askar Jepun dan barisan perwira Melayu bersama Rejimen Punjabi dan British, Leftenan Adnan diakui oleh Jeneral Yamashita sebagai seorang yang sukar untuk dipatahkan semangatnya di Bukit Chandu. Semangat juang anak Melayu ini begitu tinggi.
Biar Putih Tulang
Leftenan Adnan merupakan nama yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia dan Singapura. Wira ini telah banyak berkorban, menanggung kesakitan dan mengorbankan tenaga demi mempertahankan tanah air Malaya. Beliau adalah perwira yang harus kita sanjungi kerana tidak mengenal gentar dan sanggup mati demi negara.
Baca Juga: