Kisah paderi masuk Islam, bawa 100,000 pengikut ucap syahadah lepas dapat mimpi

Photo of author

By Syima Iza

Kisah paderi masuk Islam, bawa 100,000 pengikut ucap syahadah lepas dapat mimpi.

Hidayah merupakan nikmat Allah yang tak dapat dibeli namun dianugerahkan kepada hamba yang dikehendaki-Nya. Ia merupakan satu bentuk bimbingan atau petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT untuk seseorang supaya terbuka hati dan dadanya untuk meyakini kebesaran Islam.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk (dalam semua kebaikan dunia dan akhirat); dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi (dunia dan akhirat)”. – Al-A’raf:178

Kisah paderi masuk Islam, bawa 100,000 pengikut ucap syahadah lepas dapat mimpi

Jadi pada artikel kali ini, kita akan mengikuti kisah luar biasa seorang paderi dari Afrika Selatan yang telah menerima hidayah daripada Allah sehinggakan dia diberikan ganjaran luar biasa iaitu dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas memeluk Islam dua bulan lalu.

Siapa Ibrahim Richmond?

Ibrahim Richmond merupakan seorang paderi Kristian yang telah mengetuai jemaah di sebuah geraja di Afrika Selatan selama 15 tahun.

Gerejanya ini mempunyai ribuan pengikut yang telah mengikuti ajarannya itu selama bertahun-tahun. Namun menerusi satu video yang tular sekitar Mac lalu, dapat dilihat Ibrahim dan ribuan pengikutnya telah mengucapkan Syahadah di dalam gereja.

Perkara ini berlaku selepas Ibrahim dikatakan telah didatangi mimpi sehingga membuatkan dia terdorong untuk menerima Islam.

Saya merupakan seorang paderi selama 15 tahun dan saya mengetuai jemaah di gereja yang mempunyai 100,000 pengikut sehingga saya lihat mimpi saya.”

Mimpi jadi hidayah peluk Islam

Video Ibrahim dan pengikutnya mengucap syahadah di dalam gereja dengan berpakaian putih telah mendapat reaksi yang besar di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana seorang paderi yang telah memimpin pengikutnya dengan ajaran Kristian selama 15 tahun boleh terbuka hati untuk menerima Islam.

Menurut Ibrahim, segalanya bermula ketika dia sedang tidur di dalam sebuah bilik kecil di gerejanya sebelum dia mendengar satu suara mengatakan…

Pakaikan pengikutmu dengan pakaian berwarna putih. Pakaian Islam.”

Pada awalnya, Ibrahim hanya menganggap perkara tersebut hanyalah mimpi sahaja, namun suara tersebut didengari lebih dari sekali. Kali terakhir, suara tersebut menjadi bertambah kuat.

Kerana ini, Ibrahim telah bertemu dengan pengikut-pengikutnya di gereja dan menceritakan tentang mimpi yang dialaminya itu. Ibrahim mengatakan yang dia telah mengajak ribuan pengikutnya itu untuk membuat seperti yang diarahkan oleh mimpinya itu dan mereka menerimanya.

Apabila Ibrahim bertemu dengan pengikut-pengikutnya pada pertemuan seterusnya, mereka telah datang ke gereja tersebut dengan berpakaian putih seperti yang diajak oleh Ibrahim sebelum ini.

Seorang lelaki Muslim turut hadir pada pertemuan ini untuk memimpin lafaz syahadah seperti yang korang boleh tengok dalam video di atas.

Ibrahim turut gembira kerana ribuan pengikutnya di gereja tersebut turut sama melafazkan syahadah bersamanya dan tidak ragu-ragu dengan tindakannya itu.

Dijemput tunaikan haji

Ekoran video tular tentang hidayah yang diterima oleh bekas paderi ini, Ibrahim Richmond telah dijemput oleh Raja Salman untuk mengikuti Program Haji Salman bagi menunaikan haji buat kali pertama.

Ketika mendapat jemputan tersebut, Ibrahim mengatakan yang dia tak pasti yang dia boleh pergi kerana merasa dirinya tidak layak untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu.

Namun apabila harinya tiba untuk berangkat, Ibrahim berasa teruja kerana dapat mengikuti jejak Rasulullah SAW.

Saya ingat saya tak boleh pergi, tapi saya di sini, mengikut jejak Nabi Muhammad dan jutaan orang saya akan turut mengikut jejak ini untuk mendapat kebenaran.”

Kini, Ibrahim Richmond adalah salah seorang dari lebih dua juta umat Islam yang tiba di Mekah untuk menunaikan haji dan turut membuktikan bahawa hidayah itu milik Allah dan ia boleh tiba pada bila-bila masa sahaja.

Baca Lagi:
Hamil anak teman lelaki, ex- gilfriend mesej ajak kahwin minta jadi ‘pak sanggup’
Kelicikan lelaki ini menginap di hotel lima bintang hampir dua tahun secara percuma akhirnya terbongkar
Harap muka saja cantik tetapi pengotor