Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Photo of author

By Syima Iza

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku. Keluarga Najib dan Rosmah memang dah terlebih popular, termasuklah anak perempuan mereka yang hari tu buat perkahwinan mengalahkan raja-raja. Majlis perkahwinan yang sepatutnya rahsia itu kantoi dengan media bila keluar beberapa gambar dan liputan daripada agensi berita tempatan. Memang belanja tak ingat dunia keluarga Najib ni. Tapi korang tahu ke sebelum Najib… Rosmah ada keluarga dengan suami pertama?

Hah, Rosmah ada suami sebelum Najib? Ya betul, memang ada. Dipercayai suami pertama Rosmah adalah Abdul Aziz Nong Chik dan mereka ada dua anak iaitu Riza Aziz dan Azrene Soraya. Sebelum ini, Riza jadi popular sebab kena saman oleh badan kehakiman Amerika, dan Azrene pulak pernah viral bila mengatakan yang abangnya itu telah “menjual diri kepada syaitan“. Fuh! dia punya kenyataan.

Jadi kami cuba selidik sikit pasal keluarga tiri Najib, dan ini yang kami dapat…

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

1. Satu benda tak pun jumpa pasal suami pertama Rosmah

Kami cuba Google pasal suami pertama Rosmah tapi susah benar nak cari. Bila kami taip “Rosmah first husband”, muka Najib pula yang keluar. Bila taip “suami pertama Rosmah” pula, macam-macam blog yang keluar dan menamakan lelaki misteri ini sebagai Abdul Aziz Nong Chik. Satu sahaja artikel datang daripada portal berita yang rasmi iaitu Sinar Harian.

Jadi, kami pun cuba Google Abdul Aziz Nong Chik tapi tak banyak benda yang keluar. Senang cerita, nak cari bunian lagi senang dari cari mamat ini.

Secara jujurnya kami tak tahu Abdul Aziz Nong Chik ini hidup lagi ke tak, pernah wujud ke tak.

2. Azrene pernah mengamuk kat FB pastu senyap balik

Selepas Riza Aziz disaman oleh kerajaan Amerika, keluar pula status daripada adiknya Azrene Aziz bertarikh 21 Julai di Facebook, Twitter dan Instagram.

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Dalam status Azrene yang panjang lebar itu, Azrene kata abangnya akan “membayar harga” untuk kemasyuran dan kekayaan yang dimilikinya. Tapi bahagian yang buat kami agak tersentuh adalah bila dia bagitahu ibunya Rosmah yang telah “mengabaikan seorang anak” supaya tidak “sia-siakan yang lain hanya supaya engkau dan suami engkau boleh terlepas.” Apa yang kami boleh simpulkan daripada kenyatan ni adalah Azrene masih sayangkan keluarga, tapi dia tak nak ikut jejak langkah mereka.

Jurucakap PM kata dia tak boleh nak komen apa-apa mengenai hal peribadi keluarga, tapi Azrene ada hak untuk menyuarakan pendapat manakala pembantu Rosmah, Rizal Mansor pula mengeluarkan kenyataan sendiri di Facebook:

“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu… tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan”.

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Ini pula apa yang kami jumpa pasal Azrene. Setakat ini dia menjauhkan diri dia dari keluarga Najib-Rosmah dan menggelarkan diri dia sebagai “kambing hitam keluarga”, dan Riza Aziz sebagai “anak soleh”. Kami sedar dalam gambar perkahwinan dia, tak ada pun Rosmah ataupun Najib.

Azrene juga telah berkahwin dengan seorang artis terkenal tanah air dulu, Fazley Yaakob dan telah menghasilkan tiga putera. Setakat ini Azrene pernah bekerja dekat syarikat IMAGO Consultancy dan sebagai seorang cake artist dekat Suka Sucre Bistro.

Dan kalau korang tengok Instagram dia, penuh dengan gambar kek. Post viral yang panjang lebar tu ada sekali sahaja, kemudiannya kembali normal…

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

3. Menantu Rosmah bukanlah seperti yang disangkakan

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Fazley Yaakob adalah suami Azrene, secara tak langsung telah menjadikan dia sebagai menantu tiri Najib. Fazley dulu pernah menjadi seorang penyanyi. Dia juga menang pertandingan Celebrity Masterchef Malaysia. Oh dia juga ada Masters dan PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan merupakan Prersident untuk Fazley International College (FIC) yang bekerjasama dengan University of Wales.

Tapi Masters dengan PhD tu sebenarnya… Palsu! Kononnya dia dapat sijil tersebut dari European Business School (Cambridge). Kisah dia kantoi bila BBC News pecahkan temberang dia pada tahun 2008.

Fazley bagitahu yang University of Welsh tak tanya dia pun pasal sijil tu, dia siap letak kelulusan dia dekat website FIC lagi.

Lepas kantoi, Fazley letak jawatan dekat FIC pada tahun 2010. Dia menjelaskan bahawa peranan dia dalam FIC tu sebenarnya hanyalah sebagai seorang pelabur dan dia tak pernah jadi sebahagian dari pasukan akademik. Memandangkan isu ini boleh menjatuhkan nama kolej, dia buat keputusan untuk letak jawatan.

“Saya ingin meminta maaf sebab menyusahkan pihak universiti. Saya berharap kisah ini dapat dikuburkan dan perhubungan antara universiti dan FIC dapat dipulihkan”

4. Wiki Rosmah Mansor tak banyak maklumat pasal keluarga pertamanya

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Bagi orang ternama macam isteri PM, mesti ramai ingat page Wiki dia panjang nak mampus tapi kami agak terkejut bila dapat tahu yang maklumat dekat Wiki punyalah sikit. Dibandingkan dengan isteri Pak Lah yang kedua pun lagi panjang maklumatnya.

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Berbalik kepada maklumat dalam Wiki mengenai Rosmah Mansor, kebanyakan sumber adalah daripada media terkemuka dunia macam New York Times dan The Guardian. Kalau media tempatan adalah sumber dari Kosmo dan Malaysia Today. Tapi dari Kosmo ini kelakar sikit sebab sumbernya dari artikel bertajuk “Dodol juadah raya Rosmah“

5. Adik tiri Rosmah pun tak puas hati dengan dia

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Nampaknya Azrene bukannya satu-satunya ahli keluarga yang kena block dengan Rosmah. Pada tahun 2009, Rosmanuddin Mansor mendakwa diri dia sebagai adik tiri kepada Rosmah Mansor dan telah buat satu siri video di YouTube yang bertajuk “Rosmah perempuan puaka“.

Lima video dekat YouTube itu ada interviu daripada Rosmanuddin dan juga ahli keluarga serta jiran dari kampung Rosmah di Seremban. Mereka dakwa yang Rosmah dengan sengaja tak nak akui kewujudan dia. Dia orang juga kata yang Rosmah ni pakai bomoh.

Kami cuba sahkan cerita ini tapi tak ada benda sangat. Kami hanya jumpa blog… Tapi The Star dan Malaysiakini ada melaporkan jawapan balas Rosmah kepada video tersebut.

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Yang paling dekat kami boleh dapat untuk kesahihan adalah satu artikel dari Zakiah Koya yang masa itu merupakan penulis untuk The Sun. Zakiah Koya merupakan kakak kepada Latheffa Koya. Zakiah dengan tenangnya tanya pasal video puaka itu dan Rosmah jawab:

“Saya tak marah, saya cuma tak layan mereka. You perlu tahu bila perlu senyap. Kalau asyik layan; makin seronok mereka tanya macam-macam. Saya tak fikir saya ada masa untuk melayan…” – Rosmah, dipetik oleh Malaysia Kini.

Apa yang kami sedar pasal jawapan Rosmah adalah dia tak menafikan yang Rosmanuddin ini adik tiri dia. Kalau mamat tu menipu mestilah Rosmah akan cakap kan? Tapi kami terjumpa melalui satu blog yang kata mereka ada ada salinan satu interview dengan Rosmah oleh Malaysia Instinct. Tapi sayangnya kami tak jumpa salinan asal oleh Malaysia Instinct, jadi tak boleh nak sahkan.

“Ye, Rosmanuddin adalah adik saya. Saya tak tengok lagi video ni tapi saya sedih dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya” – Rosmah, petikan dari Barkingmagpie.blogspot.my

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Tambahan pula, dalam video puaka tadi (minit 3.59) Rosmanuddin tunjuk IC dia tapi kami tak berapa nampak sebab video tu kabur, tapi dekat satu blog ini ada gambar IC tersebut dengan jelas.

Kenapa keluarga tiri Najib sangat… misteri?

Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku

Kami sedar masa tulis artikel ini satu benda, keluarga tiri Najib ini penuh dengan misteri. Malah orang lain yang pernah nak kaji pasal bekas suami dia pun tak jumpa apa-apa yang sahih. Pasal Azrene itu pun orang dapat tahu sebab dia bising kat Facebook hari itu.

Sama juga dengan bekas isteri Najib yang pertama, Puteri Zainah Eskandar, kena nasib yang sama macam bekas suami Rosmah. Semua hilang dari pengetahuan umum dan ada yang dinafikan pertalian saudara. Ya memang semua ni berlaku sebelum wujudnya Internet dan media sosial tapi memandangkan Najib ni popular, agak memeranjatkan yang orang awam tak tahu sangat pasal keluarga dia.

Ini bukan kali pertama keluarga ahli politik menjadi buah mulut orang ramai

Baca Lagi:
Dari mana datangnya rambut-rambut kecil pada tayar?
5 artis janda ‘hot’ yang pernah menjadi pilihan jejaka Malaya sebagai pasangan hidup
Hidup ikut kemampuan jangan ikut orang, ini nasihat untuk yang susah berjimat