Kipas cepat berhabuk? Guna 3 bahan ini boleh melambatkan habuk melekat, 3 bulan tak cuci pun masih bersih lagi.
Cara Mudah Mengelak Habuk Melekat Pada Bilah Kipas
Habuk tebal pada bilah kipas boleh mengganggu aliran udara, menyebabkan bilik menjadi lambat sejuk. Namun, membersihkan bilah kipas secara berkala sering dianggap leceh kerana memerlukan langkah-langkah tertentu seperti membuka sangkar kipas dan mencabut bilah.
Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang wanita bernama Alosnida Musa berkongsi tip menarik untuk memastikan bilah kipas lambat berhabuk.
“Sampai dua hingga tiga bulan pun bilah kipas masih bersih, lambat berhabuk,” katanya.
Dengan tip ini, anda tidak perlu kerap membersihkan bilah kipas, sekali gus menjimatkan masa dan tenaga. Berikut adalah cara mudah yang dikongsikan:
Bahan-bahan yang Diperlukan
- Pelembut fabrik
- Cuka makan
- Botol penyembur
Langkah-langkah
- Bersihkan jaring dan bilah kipas seperti biasa.
- Campurkan pelembut fabrik, cuka makan, dan air ke dalam satu bekas dengan nisbah 1:1:1 untuk setiap bahan.
- Kacau campuran tersebut sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam botol penyembur untuk memudahkan penggunaan.
- Semburkan campuran ini pada bilah dan jaring kipas secara rata, kemudian biarkan selama lima minit.
- Akhir sekali, lap bilah dan jaring kipas menggunakan kain lembap.
Hasilnya
Dengan cara ini, habuk akan sukar melekat pada bilah kipas dalam masa singkat. Ulang langkah ini setiap dua hingga tiga bulan sekali untuk mengekalkan kebersihan kipas anda.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!