Kilang minyak masak terbakar, 8 terbunuh

Photo of author

By Syima Iza

Kilang minyak masak terbakar, 8 terbunuh.

Sekurangnya-kurangnya lapan orang terbunuh dan sebilangan yang lain cedera dalam kebakaran besar di sebuah kilang minyak masak dekat ibu kota Indonesia, Jakarta, lapor saluran berita South China Morning Post semalam.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kira-kira 20 jentera bomba dikerah untuk memadam kebakaran itu di sebuah kompleks perindustrian di Bekasi, pinggir Jakarta.

Kilang minyak masak terbakar, 8 terbunuh

Rakaman stesen penyiaran Metro TV menunjukkan api marak membakar sebuah bangunan, manakala asap tebal menyelubungi ruang udara.

Laporan juga menyatakan bahawa jalan raya di sekitar kilang itu ditutup.

Ketua Jabatan Bomba Bekasi, Suhartono berkata, kesemua mayat mangsa telah dialihkan dari tempat kejadian.

“Kami juga menemui tiga lagi mangsa yang cedera, tetapi jumlah mereka dijangka meningkat.

“Pihak berkuasa sedang menyiasat untuk mengenal pasti punca kebakaran.

“Kilang itu dikendalikan oleh syarikat PT Primus Sanus Cooking Oil Industrial (Priscolin),” tambahnya.

Baca Juga:
Degil tak mahu pakai jaket keselamatan, 2 pempengaruh terkenal ditemui mati lemas
Selepas derma duit komisen RM90k, Fattah Amin dapat hadiah Lamborghini?
“Terlalu Padu!”- Warganet tergamam lihat sambutan bunga api hari Deepavali di Kuala Lumpur