Kieda Crepe nampak kurus selepas kejadian rumah kena rompak

Photo of author

By Syima Iza

Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe menepis dakwaan bahawa dia ingin meraih simpati daripada orang ramai susulan insiden rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra menjelaskan bahawa tiada sesiapa pun yang mengetahui tentang kejadian rompakan tersebut selama 40 hari lalu.

“Selama barang saya hilang 40 hari, saya tak minta simpati sesiapa pun. Staf saya tak tahu dan tak cerita dekat sesiapa pun. 40 hari saya tak pergi ke kubur abah sebab saya tak nak dia sedih. Saya tak nak dia tahu yang saya sedang hadap ujian yang besar ini,” katanya.

Kieda Crepe nampak kurus selepas kejadian rumah kena rompak

Dalam pada itu, Kieda menegaskan dia sama sekali tidak pernah menunjuk-nunjuk malah hanya memakai barangan kemas untuk kepuasan diri sendiri.

“Kalau awak semua kata saya menunjuk, saya tak menunjuk. Saya cuma pakai barang yang saya ada. Saya dengan dunia saya, saya tak ada rasa nak berlawan dengan orang. Orang akan kecam saya sebab saya lantang,” ujarnya.

Kieda yang tidak mampu menahan sebak berkata, dia memaklumkan tentang kejadian tersebut di media sosial dengan harapan agar kes rompakan itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya cuma nakkan jawapan sahaja. Kalau saya nak viral dari hari pertama lagi saya viralkan. Selama saya berniaga, saya tak pernah berhutang dengan orang. Saya tak pernah lari dari membayar cukai dan zakat. Saya cuma nak minta tolong ‘repost’ video biar sampai ke pihak atasan.”

Rentetan kejadian itu, kesihatan ibu kepada dua orang anak tersebut juga turut terkesan.

@ayu_kekasih..themelvin “Dalam masa yang sama saya mengidap penyakit cyst,pcos” -Kieda Crepe.moga Allah angkat segala penyakit Kieda dan dipermudahkan segala urusan #fyp #kiedacrepe #viral #beritatiktok #pdrm #fypシ゚viral ♬ original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor

“Orang tanya kenapa saya kurus, saya tak makan sebab teringatkan barang-barang saya. Dalam masa yang sama saya ada cyst, pcos (sindrom ovari polisistik)..ujian saya semuanya berat.”

Terdahulu, Kieda mendedahkan tentang kejadian rumahnya yang dirompak setelah 40 hari mendiamkan diri. Pelbagai barangan berharga telah dicuri antaranya barang kemas iaitu gelang, rantai dan cincin serta wang. Nilai kesemua barangan tersebut dianggarkan sebanyak RM800,000.

Baca Juga:
Pelakon Meerqeen mengaku masih ‘single’ kongsi ciri-ciri wanita idaman
Lelaki kecewa tiada satu kuanter dibuka di Pejabat Tanah, netizen suspek pekerja masih di kantin
Kedai makan hidang makanan pelanggan atas barang-barang kegunaan harian jadi tumpuan