Nama Kieda Crepe boleh dikatakan sering menjadi bualan netizen di platform media sosial susulan isu-isu ‘panasnya’ sebelum ini.
Terlalu banyak peraturan
Kali ini, nama Kieda sekali menjadi bualan netizen selepas tular videonya yang dimuat naik semula oleh pengguna di platform X memaparkan peraturan-peraturan di Kieda Crepe.
Kata individu yang memuat naik video tersebut, kedainya terlalu banyak peraturan yang perlu diikuti oleh pembeli sebelum membeli pencuci mulut yang dijual di Kieda Crepe.
Konsep ‘Support Vendor Baru Support Kieda’ terlalu mahal?
Dalam video tersebut, kelihatan Kieda memberitahu kepada pelanggan bahawa jika dia mahu membeli dessert yang dijual olehnya, pelanggan itu perlu membeli lagi beberapa barang daripada vendor.
Banyak betul undang undang nak beli.
Ni kedai crepe ke PLKN hahaha.Pergi croisserie je boleh tak uols pic.twitter.com/wMlOvzixCx
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) March 2, 2024
Susulan itu, ramai netizen yang merasakan konsep tersebut seakan terlalu mahal dan ada ‘memerli’ disebabkan peraturan seperti itu ramai rakyat Malaysia yang obesiti.