Khas buat yang pertama kali naik kapal terbang, ini syarat yang perlu anda tahu.
Menjelang hujung tahun, ramai yang mula merancang percutian sama ada dalam negara mahupun ke luar negara.
Namun, bagi yang ingin menaiki kapal terbang, terdapat beberapa syarat penting yang perlu dipatuhi. Berikut adalah panduan berdasarkan satu hantaran di aplikasi X:
1. Tripod
Tripod tidak dibenarkan dibawa ke kabin pesawat. Ia mesti dimasukkan ke dalam bagasi yang di’check-in’. Jika didapati membawa tripod di kabin, ia berisiko untuk dirampas atau dibuang.
2. Ubat-Ubatan
Pastikan semua ubat-ubatan dibawa bersama ke kabin untuk kemudahan dan keselamatan.
3. Ketepatan Masa di Pintu Pelepasan
Tiba di pintu pelepasan tepat pada waktunya adalah sangat penting. Pintu pelepasan akan ditutup 20 hingga 30 minit sebelum waktu penerbangan, dan sebarang kelewatan tidak akan dilayan.
4. Powerbank
Powerbank dibenarkan dibawa ke kabin jika kapasiti tidak melebihi 100Wh (watt-jam). Jika kapasiti melebihi 160Wh, kebenaran daripada syarikat penerbangan diperlukan.
5. Botol Air
Botol yang berisi air tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat.
6. Saiz dan Berat Bagasi Kabin
Bagasi yang dibawa ke kabin hanya dibenarkan bersaiz 20 inci dengan berat maksimum 7kg. Jika melebihi had tersebut, ia perlu dimasukkan ke dalam kargo.
7. Barang Cecair, Aerosol, Gel, Krim, dan Pes
Penumpang dibenarkan membawa satu beg bersaiz satu liter berisi cecair, aerosol, gel, krim, atau pes. Setiap bekas tidak boleh melebihi 100 mililiter (3.4 auns) dan perlu diletakkan di dalam beg khas bagi mengelakkan kebocoran.
8. Peralatan Elektronik
Peralatan elektronik seperti komputer riba, powerbank, dan headphone yang menggunakan bateri mesti dibawa bersama ke kabin untuk keselamatan.
Mematuhi syarat-syarat ini bukan sahaja membantu perjalanan menjadi lebih lancar tetapi juga memastikan keselamatan anda sepanjang penerbangan.