Khas buat rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand, jangan percaya dengan penampilan peniaga yang pakai tudung

Photo of author

By Syima Iza

Khas buat rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand, jangan percaya dengan penampilan peniaga yang pakai tudung.

Orang Malaysia sudah tidak asing lagi dengan Hat Yai, Thailand, terutama sekali ketika musim cuti sekolah. Ramai yang teruja untuk mencuba pelbagai makanan popular di sana. Namun, ramai yang terlepas pandang untuk menyemak terlebih dahulu status halal makanan tersebut.

Kebanyakan orang beranggapan bahawa jika penjualnya bertudung, makanan yang dijual pasti halal. Namun, anggapan ini tidak selalu benar.

Khas buat rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand, jangan percaya dengan penampilan peniaga yang pakai tudung

Seorang pengguna TikTok, Ilham Hamdani, pernah berkongsi pengalamannya di Center One Shopping Plaza.

Isterinya bertanya kepada seorang penjual bertudung mengenai status halal makanan yang dijual. Dengan sangka baik, mereka terkejut apabila mendapati makanan itu sebenarnya tidak halal.

Walaupun mereka sudah membeli makanan daripada penjual tersebut, akibat rasa was-was, mereka memutuskan untuk tidak memakan makanan yang telah dibeli.

Situasi ini mengingatkan kita semua supaya lebih berhati-hati. Jangan hanya percaya kepada penampilan penjual. Sebelum menikmati makanan, adalah lebih baik jika kita bertanya atau membuat semakan sendiri terlebih dahulu.

Baca Juga:
Badan dipotong 10 bahagian, ini kisah 2 pemuda tidak siuman berakhir dengan tragis
Amelia & Elizabeth buat podcast pakai singlet, sekali netizen perasan sesuatu
3 Kisah pegawai tentera Malaysia yang jarang diceritakan kepada umum