Khas buat mak-mak, wanita ini kongsi rahsia periuk usia 22 tahun masih berkilat macam baru

Photo of author

By Syima Iza

Khas buat mak-mak, wanita ini kongsi rahsia periuk usia 22 tahun masih berkilat macam baru.

Setiap rumah hampir pasti mempunyai peralatan memasak seperti kuali atau periuk untuk menyediakan pelbagai jenis masakan, terutama sekali bagi mereka yang sudah berumahtangga.

Namun, periuk keluli ini lama-kelamaan akan menjadi hitam akibat terdedah kepada api ketika memasak. Malah, ada juga yang mendapat kerak hitam yang sukar ditanggalkan pada bahagian bawah permukaannya.

Khas buat mak-mak, wanita ini kongsi rahsia periuk usia 22 tahun masih berkilat macam baru

Hal ini tentunya merunsingkan isi rumah atau suri rumah untuk membersihkan bahagian bawah periuk yang degil ini, kerana kotorannya tetap sukar ditanggalkan walaupun telah dicuci berulang kali.

Sehubungan itu, SK hari ini berkongsi petua untuk menghilangkan kesan hitam pada periuk dan kuali, yang dikongsikan oleh Zainun Mamat dalam kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Rahsia Periuk 22 Tahun Masih Berkilat Seperti Baharu

Khas buat mak-mak, wanita ini kongsi rahsia periuk usia 22 tahun masih berkilat macam baru Khas buat mak-mak, wanita ini kongsi rahsia periuk usia 22 tahun masih berkilat macam baru

“Salam semua. Hari ini saya bukan nak post tentang masakan, tapi nak kongsi petua.

“Setiap hari kita memasak, dan selepas memasak kita perlu mencuci peralatan memasak, terutamanya periuk dan kuali. Selalunya, periuk kita akan menjadi hitam di bahagian bawahnya dan sukar dicuci.

“Saya menggunakan besi keluli untuk mencuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun yang kita gunakan, lebihannya jangan dibuang.

Khas buat mak-mak, wanita ini kongsi rahsia periuk usia 22 tahun masih berkilat macam baru

“Caranya mudah sahaja. Rendamkan besi keluli bersama sabun mandi dan sedikit air, kemudian tekan-tekan sedikit sehingga berbuih. Selepas itu, bolehlah sental periuk kita. Bilas dan cuci bersih. Hasilnya, periuk akan berkilat dan menyenangkan mata memandang.

“Besi keluli ini juga tahan lama, boleh digunakan sehingga tiga ke empat hari tanpa mudah berkarat. Cubalah.

“Periuk saya ni dah berusia 22 tahun, masih kelihatan cantik dan berkilat seperti baharu.”

Baca Juga:
‘Cahaya hantu’ muncul di jambatan sejak 6 dekad lalu masih belum terungkai
Tak bayar caruman Perkeso pekerja, syarikat Bubblebee didenda RM17,500
Rupanya tanam 6 pokok ini boleh halau nyamuk masuk rumah